awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas jurutera Samsung didakwa bocor rahsia pembuatan cip DRAM 10nm kepada syarikat China
Lembaran 2026: PM Anwar seru rakyat satukan langkah dan tekad jayakan Malaysia MADANI
Jualan komputer dijangka merosot sehingga 9 peratus akibat harga memori tinggi - IDC

Kertas siasatan 'ziarah raya' ahli politik diserah kepada TPR minggu depan - Shafien

Bernama
Bernama
26/05/2021
13:38 MYT
Kertas siasatan 'ziarah raya' ahli politik diserah kepada TPR minggu depan - Shafien
Shafien berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021. - Gambar fail
KOTA BHARU: Siasatan berhubung majlis hari raya yang diadakan di rumah seorang ahli politik di Machang pada Aidilfitri baru-baru ini hampir selesai dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
"Setakat ini, polis mengambil keterangan sembilan individu dan akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pauh Lima di Mukim Banggu hari ini.
Ahad lepas, sembilan individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung aktiviti 'ziarah raya' membabitkan seorang ahli politik selepas polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan perkara itu pada 15 Mei.
Sebelum ini, tular beberapa keping gambar ahli politik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan ziarah raya selain kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Shafien berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.
Mengulas PKP 3.0, beliau menasihati semua penduduk Kelantan agar mematuhi SOP yang ditetapkan dan duduk di rumah kecuali ada urusan penting bagi membendung penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#siasatan
#sambutan aidilfitri
#hari raya
#ahli politik
#machang
#Shafien Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.