KUALA LUMPUR: Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wang yang dirampas daripada sindiket pelaburan itu merupakan hasil kegiatan haram dan mangsa tidak boleh dianggap mempunyai kepentingan undang-undang yang sah terhadapnya.
"Bukti menunjukkan mereka (pelabur) secara sukarela dan tanpa paksaan telah mendepositkan wang ke akaun yang diarahkan untuk menjadi pelabur dalam skim VenusFX serta mengharapkan pulangan atas pelaburan berkenaan," katanya dalam Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ, di sini hari ini.
Pada 24 April lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak melebihi RM1.1 juta daripada 79 pelabur skim pengambilan deposit secara haram.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut mengarahkan wang berkenaan dilucut hak kepada hasil kerajaan.
Sehubungan itu, Ramli mengingatkan orang ramai supaya jangan sesekali terlibat dengan apa jua skim pelaburan tidak berdaftar khususnya yang diiklankan melalui laman sosial dan seumpamanya.
Ditanya jika terdapat mangsa scam mahu membuat tuntutan, Ramli berkata proses berkenaan boleh dibuat sekiranya ada permohonan kepada pegawai penyiasat kes, namun keputusan ditentukan oleh mahkamah.
Selain itu, Ramli berkata sejak kebelakangan ini, banyak syarikat menawarkan pelaburan berasaskan emas dan semakin menjadi pilihan ramai ekoran ketidaktentuan ekonomi global serta mata wang ketika ini .
"Mengikut rekod siasatan, kebanyakan skim pelaburan ini akan berakhir dengan penipuan dan kerugian. Misalnya, jika harga emas terus dalam trend menaik, ramai pelabur menjual untuk keuntungan. Dalam masa sama, syarikat tidak dapat memenuhi tebusan emas berkenaan dan ini akan memberi kesan kepada pelabur," katanya.
Sehubungan itu, Ramli berkata JSJK melihat wujud keperluan agar satu mekanisme lebih mantap diwujudkan untuk memantau dan menyelia skim-skim pelaburan oleh syarikat-syarikat khususnya yang berkaitan dengan pelaburan emas.
"Jabatan ini mencadangkan agar Bank Negara Malaysia menetapkan peraturan yang lebih sesuai dan memastikan syarikat pelaburan yang berasaskan logam berharga sebegini berdaftar dengan mereka.
"Ini penting bagi menentukan wang yang dilaburkan adalah terjamin sekali gus mengelakkan kewujudan lebih banyak skim penipuan pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Ramli berkata wang yang dirampas daripada sindiket pelaburan itu merupakan hasil kegiatan haram dan mangsa tidak boleh dianggap mempunyai kepentingan undang-undang yang sah terhadapnya. - Foto Bernama
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan
Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Bursa Malaysia beri amaran penipuan pelaburan menyamar sebagai institusi sah
Bursa Malaysia Bhd menasihatkan pelabur agar lebih berwaspada daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan.