awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerusi DUN Chini kosong, SPR tunggu pemakluman rasmi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/05/2020
09:57 MYT
Kerusi DUN Chini kosong, SPR tunggu pemakluman rasmi
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya masih perlu menunggu pemakluman rasmi sebelum sebarang tindakan dibuat. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya kecil (PRK) susulan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya masih perlu menunggu pemakluman rasmi sebelum sebarang tindakan dibuat.
“SPR mengambil maklum kekosongan kerusi DUN N.23 Chini dan perlu menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pahang sebelum mengambil tindakan selanjutnya untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.
“SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.
“Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau pada masa sama turut merakankan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun atas kembalinya Allahyarham awal pagi tadi.
BACA: ADUN Chini Abu Bakar Harun meninggal dunia
Allahyarham dilapor meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan berita pemergian Abu Bakar menerusi muat naik status di akaun Facebook rasminya pagi ini.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Abu Bakar mempertahankan DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan Mohd Razali Ithnain dari PKR dan Mohd Fadhil Noor Abdul Karim, calon PAS.
Abu Bakar merupakan penyandang kerusi DUN Chini sejak PRU ke-11 pada 2004.
Chini adalah satu daripada empat kerusi DUN di bawah Parlimen Pekan yang disandang oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
[KENYATAAN MEDIA] SPR AMBIL MAKLUM KEKOSONGAN LUAR JANGKA KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N. 23 CHINI, PAHANG pic.twitter.com/QIxPeiURGf
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) May 7, 2020
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Harun
#ADUN Chini
#DUN Chini
#meninggal dunia
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan