Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan pilihan raya parlimen Batu dengan alasan pempetisyen gagal memenuhi syarat-syarat petisyen pilihan raya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata bahawa 'firm of solicitors' petisyen telah difail adalah sebuah kegagalan yang memudaratkan kerana berdasarkan undang-undang petisyen pilihan raya hanya dan boleh difailkan parti yang mempunyai kepetingan.

Petisyen itu ditolak dengan kos sebanyak RM30,000.

Petisyen difailkan oleh Messra Raja Riza & Associates yang mewakili calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mahu keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bagi kerusi Parlimen Batu dibatalkan.

Pada PRU13, Tian Chua menewaskan Dr. Dominic dengan majoriti 13,284 undi.

Pada Isnin, Hakim Zabariah Mohd Yusof menetapkan hari ini untuk membuat keputusan selepas mendengar hujah berhubung bantahan awal oleh peguam Edmund Bon yang mewakili Chua Tian Chang atau Tian Chua dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh bagi pihak pegawai pilihan raya bagi kawasan Batu serta Suruhanjaya Pilihan Raya manakala Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Dr. Dominic.

Edmund mengutarakan 10 alasan mengapa mahkamah perlu mengekalkan bantahan awal yang dikemukakan Tian Chua mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1954, selain bagi membatalkan petisyen itu.

Antara alasan yang dikemukakan ialah petisyen itu bukan difailkan oleh peguam untuk pempetisyen sebaliknya oleh sebuah firma iaitu Tetuan Raja Riza & Associates.