awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerusi PRU15: 'Terpulang pada PKR tentukan, saya senang di PD' - Anwar

Fareez Azman
Fareez Azman
20/04/2021
07:50 MYT
Kerusi PRU15: 'Terpulang pada PKR tentukan, saya senang di PD' - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyerahkan kepada PKR untuk menentukan kerusi Parlimen yang akan ditandinginya pada PRU-15 nanti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menentukan kerusi Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Jelas Presiden PKR itu, bagaimanapun beliau kini berasa selesa di Parlimen Port Dickson yang dimenanginya sejak 2018 itu.
"Terpulang kepada parti (PKR) kalau kata Port Dickson (PD), saya di PD lah.
"Hati sangkut di PD (sebab) senang dah kenal (penduduk), saya dah terbiasa di sini," jelasnya ketika ditemui dalam Program Ihya Ramadhan Bersama Pihak Masjid dan Surau Parlimen Port Dickson pada Selasa.
Ketika ditanya bagaimana penerimaan pengundi di Parlimen PD terhadapnya, Anwar menyifatkan kemesraan mereka sangat baik ketika ini.
"Saya tengok sambutan jauh lebih baik dari dulu, masa saya bertanding dengan sekarang kemesraan di masjid, surau, sekolah-sekolah, dulu belum tahu Anwar (tanggapan) mungkin tidak datang (sebab) sibuk.
"Sekarang kemesraan sangat baik. Sekarang tak timbul dah dia (penduduk) takut, (sebab) ada kebenarannya, orang takut (Ahli Parlimen) duduk luar jarang nak datang," katanya lagi.
Anwar menyandang kerusi Parlimen itu selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen P.132 Port Dickson pada 2018 lalu dengan meraih 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi mengalahkan enam lagi pencabarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#PRU
#Ramadan
#Parlimen
#pilihan raya
#presiden
#pembangkang
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#rakyat
#PRU-15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan