PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunggu adanya kekosongan untuk bertanding kerusi Parlimen.

Sengaja mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Anwar merupakan tindakan yang bersifat tidak menghormati pemenang yang dipilih secara adil oleh rakyat, kata netizen.

Menerusi bancian di Twitter, netizen sepakat bersetuju bahawa adalah lebih baik jika Anwar dan PKR bersabar dan tidak terburu-buru.

Malah, jika Anwar menunggu untuk bertanding di PRU15, ia dilihat sebagai tindakan lebih bermaruah.









Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan satu kerusi Parlimen akan dikosong bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding, namun belum dapat memastikan bila dan di mana.