awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes 1MDB: Najib tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2025
00:50 MYT
Kes 1MDB: Najib tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya
Najib Razak memasuki pekarangan kompleks mahkamah sekitar jam 8.25 pagi. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pagi ini bagi mendengar keputusan kes jenayah terakhir yang masih berjalan di Mahkamah Tinggi.
Najib dilihat menaiki kenderaan jenis Proton X70 berwarna kelabu, diiringi beberapa kenderaan lain, sebelum memasuki pekarangan kompleks sekitar jam 8.25 pagi.
Turut kelihatan lebih awal, kira-kira jam 8.20 pagi, anak sulung beliau, Datuk Mohamad Nizar.
Prosiding hari ini dijangka menjadi tumpuan apabila Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, membacakan keputusan sekitar jam 9 pagi di Istana Kehakiman.
Berbeza dengan kes SRC International yang menyaksikan Najib disabitkan kesalahan dan sedang menjalani hukuman penjara, kes melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion ini membawa implikasi besar dari sudut undang-undang, politik dan persepsi awam, memandangkan skala dana serta jumlah pertuduhan yang dihadapi.
Dalam konteks perundangan, persoalan utama adalah sama ada barisan pembelaan yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mampu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#kes 1MDB
#Najib Razak
#Kompleks Mahkamah Putrajaya
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan