awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes amang seksual selebriti: Polis terima 2 lagi laporan mangsa remaja

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2022
09:03 MYT
Kes amang seksual selebriti: Polis terima 2 lagi laporan mangsa remaja
Dua laporan polis terhadap selebriti terbabit dibuat oleh dua remaja yang masing-masing berusia 17 tahun, di Seremban, pada bulan ini. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan mendedahkan menerima dua lagi laporan membabitkan selebriti yang juga penceramah bebas yang ditahan di Selangor berkaitan kes amang seksual terhadap remaja bawah umur.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid, berkata dua laporan terbabit dibuat oleh dua remaja yang masing-masing berusia 17 tahun, di Seremban, pada bulan ini.
"Siasatan selari dijalankan bersama Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor (mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017).
"Polis sedang melengkapkan siasatan dan perkembangannya akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak serta menyebabkan kegusaran kepada masyarakat.
"Perbuatan seumpama itu salah di bawah undang-undang negara dan boleh diambil tindakan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang selebriti lelaki berusia 40-an ditahan polis di sekitar Klang, pada Khamis untuk siasatan kes amang seksual fizikal terhadap empat remaja.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, dilapor berkata, suspek dipercayai berkenalan dengan kesemua mangsa menerusi program motivasi di sekolah sekitar Selangor.
Katanya, setakat ini, Polis Selangor telah menerima empat laporan iaitu dua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan masing-masing satu di IPD Shah Alam dan IPD Kajang.
Topic Berkaitan
#amang seksual
#selebriti
#penceramah bebas
#lagi laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan