KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 5,244 kes berbanding 4,743 kes semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 711,006 kes. 

Ujarnya, terdapat pertambahan sebanyak 83 kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 4,637 kes. 

Selangor terus mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 2,001 kes.

Ini diikuti Negeri Sembilan (677), Sarawak (577), Kuala Lumpur (531) , Johor (282), dan Pahang (245).

Jumlah kes sembuhpula  adalah sebanyak 6,372 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 645,553 kes.

Setakat ini, 879 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 433 orang memerlukan bantuan pernafasan.