KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18 hingga 24 Dis lepas merekodkan penurunan 18.7 peratus dengan 5,894 kes berbanding 7,249 kes pada minggu sebelumnya (ME50/2022).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 18.7 peratus iaitu daripada 7,232 kes kepada 5,880 kes.
"Bilangan kes import juga menurun sebanyak 17.6 peratus iaitu 17 kes kepada 14 kes," katanya dalam kenyataan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 hari ini.
Beliau berkata pada ME51/2022, bilangan kes kematian turut berkurangan sebanyak 34 peratus iaitu 31 kes pada minggu itu berbanding 47 kes, minggu sebelumnya.
"Purata kes aktif setiap hari bagi ME51/2022 menurun sebanyak 13.7 peratus iaitu (16,895 kes kepada 14,580 kes)," katanya dan menambah purata nilai kadar kebolehjangkitan (RT) direkodkan pula ialah 0.84, pada minggu berkenaan.
Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh juga menunjukkan penurunan dengan 7,791 kes pada ME51/2022 berbanding 10,330 kes pada minggu sebelumnya.
Mengenai situasi bencana banjir, beliau berkata pada ME51/2022 enam kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir.
"Kesemuanya adalah kes ringan dan pesakit meneruskan isolasi di rumah setelah pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup," katanya yang turut memberitahu tiada sebarang kes positif COVID-19 dilapor di PPS.
Selain itu, katanya 3,212 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS antaranya melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) iaitu 1,749 kes dan penyakit kulit (1,232), konjunktivitis (124), acute gastroenteritis (106) dan chicken-pox (satu).
"Semua kes yang dilaporkan adalah kes terpencil dan tiada kejadian wabak penyakit berjangkit berlaku di PPS," kata Dr Noor Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh itu, bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 18.7 peratus iaitu daripada 7,232 kes kepada 5,880 kes. - Gambar fail
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
PRN17: Pendirian UMNO Sabah ketengahkan calon
Temu bual bersama Pensyarah Kanan, Pembangunan Manusia dan Politik Identiti UMS, Prof Madya Dr Romzi Ationg mengenai pendirian UMNO Sabah dalam mengetengahkan calon pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
Syarikat Sweden mahu jadikan Sarawak pusat pengedaran di Asia Pasifik
Syarikat perindustrian berasaskan perniagaan hutan serta pulpa dan kertas dari Sweden, Holmen AB, berhasrat menjadikan Sarawak sebagai pusat pengedaran untuk meluaskan pasaran mereka di rantau Asia Pasifik.
SUEF kumpul RM3.57 juta bantu anak Sarawak
Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF) berjaya mengumpul RM3.57 juta daripada sektor korporat bagi membantu anak sarawak daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai memindahkan penduduk
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai untuk dipindahkan bagi menempatkan lebih 130,000 penduduk yang menetap di kawasan setinggan.
Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari, kerugian RM28.6 juta
Sarawak merekodkan purata 6.7 kes penipuan sehari sejak 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Telefon bimbit anak KPD Lahad Datu masih dalam siasatan forensik
Polis masih menunggu laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit milik anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, yang maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, pada 16 April lalu.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.