awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes baharu rabies manusia dikesan di Sarawak

Shaibullah Sabeli
Shaibullah Sabeli
27/01/2018
05:42 MYT
Kes baharu rabies manusia dikesan di Sarawak
Pegawai Jabatan Veterinar menjalankan vaksinasi terhadap anjing milik penduduk sekitar. - Gambar fail Bernama
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengesahkan terdapat satu kes baharu rabies manusia pada 26 Januari 2018 melalui ujian makmal.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mangsa adalah seorang lelaki berumur 59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang, yang mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 November 2017.
Tambah kenyataan itu, mangsa sebelum ini dilaporkan pernah mendapatkan rawatan awal di klinik swasta di Kuching pada hari yang sama namun pihak klinik berkenaan tidak merujuk mangsa ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi.
"Pada 20 Januari 2018, mangsa dilaporkan mengalami sakit serta lemah anggota kaki serta dimasukkan ke hospital swasta pada 24 Januari 2018 dan pada keesokannya, mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (SGH) untuk rawatan lanjut.
"Bagaimnapun hasil pemeriksaan lanjut, mangsa disahkan menghidap rabies setelah menunjukkan gejala hydrophobia, halusinasi dan agresif," katanya kenyataan itu hari ini.
Selain itu, kenyataan tersebut turut menyebut, sejak 30 Jun 2017 hingga 26 Januari 2018, tujuh kes rabies manusia dilaporkan di Sarawak yang mana lima mangsa telah meninggal dunia manakala dua lagi masih dalam rawatan.
Sehubungan itu, tambahnya, pengamal perubatan di klinik dan hospital swasta di negeri ini diminta untuk mematuhi Garis Panduan Pengendalian Kes Gigitan Anjing dan Haiwan Lain termasuk merujuk mangsa ke fasiliti kesihatan kerajaan.
Pada hari ini juga, jabatan kesihatan negeri akan mengeluarkan surat peringatan kepada semua klinik dan hospital swasta supaya melaporkan sebarang kes berkaitan gigitan anjing dan haiwan dengan segera ke pejabat kesihatan terdekat dalam usaha menyelamatkan nyawa mereka.
Jabatan itu juga akan mengeluarkan surat amaran kepada sebuah klinik kesihatan sekiranya tidak melaporkan satu kes gigitan anjing serta gagal merujuk kes tersebut ke klinik atau hospital kerajaan.
Topic Berkaitan
#amaran
#anjing
#hospital kerajaan
#Jabatan Kesihatan Sarawak
#Klinik swasta
#rabies
#Rabies manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan