JOHOR BAHRU: Keluarga remaja yang terlibat kemalangan basikal lajak hari ini menzahirkan kesyukuran dan kelegaan apabila akhirnya tragedi yang menyebabkan kematian lapan remaja itu mendapat pembelaan.
Bagaimanapun tragedi itu sukar untuk dilupakan oleh keluarga mangsa selain memberikan kesan yang mendalam dalam hidup mereka serta menyebabkan gangguan emosi.
Sabariah Yusof, 54, ibu kepada Allahyarham Mohamad Azhar Amir,16, berkata sehingga kini dia masih terbayang anaknya itu berada di rumah, meskipun telah menghadap Ilahi sejak lima tahun yang lepas.
"Bangun pagi sahaja saya rasa hendak kejut dia pergi sekolah, terbayang dia masih ada. Katil dia selalu tidur juga saya tidak alih, masih ada.
"Rasa kecewa sebelum ini wanita terbabit terlepas, sebenarnya tidak tahu hari ini dia dijatuhkan hukuman, rasa bersyukur sangat (kematian) dapat pembelaan, tidak boleh diungkapkan perasaan. Bagaimanapun saya reda atas kejadian ini kerana ujian Allah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Senibong, di sini hari ini.
BACA: Langgar mati lapan remaja basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun, denda RM6,000
Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata kejadian tersebut menyebabkan emosinya terganggu terutama selepas mengetahui terdapat orang ramai yang mengecam kejadian itu dan menyalahkan ibu bapa, namun dia reda dan sentiasa mendapat sokongan moral daripada penduduk setempat, keluarga terdekat dan guru-guru sekolah.
Dia berkata anak kelapannya itu juga merupakan seorang anak yang baik dan ringan tulang kerana sering membantunya menjual puding.
"Saya rasa sedih (apabila ada orang mengecam), sebab dia anak yang sangat baik dan sangat rapat dengan saya, selalu hantar saya pergi kerja.
"Dia juga jarang naik basikal, kerana setiap malam bantu saya meniaga puding..dia akan jual dari warung ke warung berdekatan. Balik dari meniaga (hari kejadian) dia keluar dan terlibat kemalangan," katanya.
Sementara itu Salman Ahmed, 56, yang merupakan bapa kepada Muhamad Arif, 20, yang terselamat dalam kejadian itu, berkata anaknya sering mengalami gangguan emosi setiap kali terkenang kejadian itu, selepas cedera parah dan mengalami gegaran otak pada kemalangan tersebut.
Katanya kejadian itu turut menyebabkan anak bongsunya yang ketika itu berusia 15 tahun, mengalami trauma apabila setiap kali melihat basikal selain tidak keluar bergaul dengan orang ramai selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
"Dia tidak boleh lihat basikal, cerita pasal kejadian itu atau lihat gambar pun tidak boleh, kalau ingat dia tidak boleh tidur. Lega (wanita itu) dijatuhkan hukuman, selagi hayat dikandung badan, selagi itu pakcik tidak dapat lupa peristiwa ini," katanya.
Bapa kepada tiga anak itu turut menjelaskan Muhamad Arif kini bekerja di sebuah kilang di Masai Lama sejak dua tahun lepas.
Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam Ke Ting, 27, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas.
Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.
Bernama
Wed Apr 13 2022

Sabariah berkata sehingga kini dia masih terbayang anaknya itu berada di rumah, meskipun telah menghadap Ilahi sejak lima tahun yang lepas. - Gambar/ Bernama
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
Najib failkan permohonan dakwa Terrirudin hina mahkamah
Najib Razak memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, berkaitan isu pelaksanaan Titah Adendum oleh Agong ke-16.
Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia komited jadi hab EV serantau dengan sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,

Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok direman seminggu
Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap pemilik spa di Bachok Sabtu lepas, direman.

Proses pemilihan kepimpinan PKR lancar, terkawal - Fahmi
Proses pengundian bagi pemilihan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2025-2028 berjalan lancar dan terkawal.

Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Cadangan supaya kuasa Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat parti.

Polis siasat penganjuran lumba basikal lajak
Polis sedang menyiasat penganjuran perlumbaan basikal lajak yang dijadualkan berlangsung di Damansara Damai esok.

Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Polis siasat video tular sekumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya
Menurutnya setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian tersebut.

Tragedi basikal lajak: 'Setiap detik dihantui insiden itu, saya mohon maaf' - Sam Ke Ting
Ke Ting berkata peristiwa tersebut sentiasa bermain di fikirannya malah sering tertanya-tanya mengenai kehidupan serta masa depan keluarga remaja yang terkorban akibat kemalangan itu.

Sam Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak
Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.

Hisyam Teh ketuai pasukan peguam Sam Ke Ting dalam rayuan kes 'basikal lajak'
Hisyam Teh akan mengetuai pasukan peguam dalam rayuan Sam terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memandu melulu sehingga menyebabkab kematian remaja menunggang basikal lajak.

Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang.

Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mac tahun depan bagi mendengar rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan kesalahan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja.

Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.

Basikal lajak: Pengurusan kes selanjutnya rayuan kerani pada 28 Jun
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Jun bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjaranya.