awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah

Bernama
Bernama
31/03/2023
07:52 MYT
Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Peguam itu berkata berlaku prejudis terhadap Sam (gambar) kerana terdapat "kegagalan keadilan" kerana dia telah disabitkan dengan pertuduhan yang tidak diiktiraf dalam undang-undang. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan kerani Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan kerana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya mempunyai kekurangan.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili wanita itu berhujah bahawa terdapat penggandaan pertuduhan kerana pendakwa raya telah memasukkan dua kesalahan berbeza dalam pertuduhan iaitu memandu secara melulu dan memandu secara berbahaya.
"Ini salah. Hanya satu kesalahan dibenarkan di sisi undang-undang untuk dinyatakan dalam pertuduhan," katanya.
Hisyam berhujah demikian dalam rayuan Sam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya denga kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda.
Peguam itu berkata berlaku prejudis terhadap anak guamnya kerana terdapat "kegagalan keadilan" kerana dia telah disabitkan dengan pertuduhan yang tidak diiktiraf dalam undang-undang.
Topic Berkaitan
#kes basikal lajak
#Sam Ke Ting
#rayuan kerani
#Hisyam Teh Poh Teik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan