SHAH ALAM: Maklumat yang diterima Siti Suriani Wahiddin, 23, dan Diana Hanani Abdullah, 23, atau Dianah iaitu ibu kepada bayi yang tertukar di sebuah hospital swasta di sini pada Jun lalu didakwa tidak lengkap.
Tetuan Marcus Tan dan Co iaitu peguam cara kepada ibu berkenaan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pihak hospital berkenaan laporan perubatan yang lengkap.
Menurutnya, ia adalah bagi mengambil langkah seterusnya kepada pihak hospital terbabit.
“Berkenaan kejadian bayi tertukar, pihak Siti Suriani dan Dianah telah melantik peguam cara untuk mendapat nasihat mengenai langkah-langkah seterusnya dan tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap hospital berkenaan.
“Pada masa ini, satu surat telah dihantar oleh Tetuan Marcus Tan dan Co kepada pihak hospital memohon kerjasama bagi menyediakan rekod kelahiran dan perubatan yang berkaitan,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, pihaknya turut memfailkan satu permohonan bagi penzahiran pratindakan bagi mengenal pasti identiti kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Pada 11 Jun lalu, kejadian bayi tertukar berlaku apabila pihak hospital telah menyerahkan anak kepada Siti Suriani iaitu Aiman kepada Dianah setelah dibenarkan discaj.
Sehari selepas itu pula, anak kepada Dianah iaitu Aysar telah diserahkan kepada Siti Suriani apabila dibenarkan discaj dari wad berkenaan.
“Menurut Siti Suriani dan Dianah, sebelum mereka dibenarkan keluar dari wad hospital, pihak hospital hanya mengesahkan tag nama yang dipaparkan pada troli bayi sahaja.
“Pihak hospital tidak mengesahkan tag nama yang dipasang pada kaki bayi sebelum menyerahkannya kepada kedua-dua ibu bapa.
“Kejadian tragis tersebut hanya disedari apabila suami Siti Suriani membaca tag nama yang dipasang pada kaki bayi tersebut dan terus bergegas menghubungi pihak hospital untuk mendapat pengesahan,” ujarnya.
Tambah kenyataan itu, pihak hospital mengarahkan kedua-dua ibu bapa untuk datang ke hospital bersama bayi yang diserahkan kepada mereka.
“Sebelum datang ke hospital, kedua-dua ibu bapa telah membuat laporan di balai polis terdekat sebagai bukti.
“Siti Suriani dan Dianah berharap pihak hospital mampu memberikan penjelasan yang munasabah berkaitan kejadian ini,” tambah kenyataan tersebut.
BACA: Bayi tertukar di hospital swasta, ibu mahu ambil tindakan undang-undang
BACA: Bayi tertukar di hospital swasta, polis sah tiada unsur jenayah
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021
Dari kiri: Dianah, Siti Suriani dan peguam cara daripada Tetuan Marcus Tan dan Co ketika mengadakan sidang akhbar pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Kes bayi tertukar: Maklumat daripada pihak hospital tidak lengkap - Peguam
Pihaknya turut memfailkan satu permohonan bagi penzahiran pratindakan bagi mengenal pasti identiti kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Insiden tertukar bayi boleh tinggal kesan trauma - Pakar
Berita ini merupakan bahagian terakhir daripada empat siri tentang kisah anak yang tertukar.
Bayi tertukar di hospital swasta, ibu mahu ambil tindakan undang-undang
Mereka mendakwa pihak hospital menyerahkan bayi tanpa membuat pemeriksaan teliti.