awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bekas pegawai kanan tinggi polis, isteri dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya

Bernama
Bernama
11/03/2023
07:30 MYT
Kes bekas pegawai kanan tinggi polis, isteri dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya masih menunggu maklum balas pihak berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial baru-baru ini telah dihantar dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya masih menunggu maklum balas pihak berkenaan.
"Kami telah hantar (kertas siasatan) dan mereka (pihak pendakwa raya) memerlukan masa untuk meneliti kes berkenaan. Oleh itu, polis masih menunggu maklum balas mereka," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Town Hall Discussion Sempena Hari Polis ke-216 'Keselamatan Jalan Raya: Isu Kesesakan Lalulintas' di KL Wellness City di Bukit Jalil di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes siasatan pertelingkahan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya yang tular baru-baru ini.
Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang dalam longkang berhampiran tasik lombong di Jinjang, di sini pada 19 Feb lepas, Azmi berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.
"Setakat ini, belum ada suspek tertentu terlibat kerana polis sedang mencari dan mengenal pasti suspek," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tular
#pegawai kanan polis
#isteri
#status siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan