IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji cadangan untuk mewujudkan jawatan warden sepenuh masa di sekolah berasrama bagi menangani pelbagai masalah termasuk kes buli.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata ia perlu diperhalusi berdasarkan laporan penuh kes buli yang dilaporkan termasuk membabitkan pelajar Tingkatan Satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dekat sini baru-baru ini.
"Terima kasih atas pandangan yang diberi tentang kes ini dan kita perlu menunggu laporan daripada pihak berkenaan sebelum apa-apa tindakan.
"Pihak kementerian akan membuat kajian lanjut berhubung pandangan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia di sini hari ini.
BACA: Wajar lantik warden asrama dalam kalangan pesara polis, tentera - Lee Lam Thye
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang dilaporkan berkata cadangan itu sudah dikemukakan pihaknya sekian lama serta berkali-kali membangkitkan isu berkenaan.
Aminuddin dilaporkan berkata guru yang menyandang tugas warden menjalankan tugas hakiki mengajar di sekolah namun pada masa sama menunaikan tanggungjawab menjaga dan mengawasi murid asrama sepanjang waktu.
Ditanya sama ada pihak kementerian akan mengadakan perbincangan bersama NUTP dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhubung cadangan itu, Dr Mah berkata sebarang tindakan lanjut perlu berpandukan kepada laporan terperinci berkaitan kes yang dilaporkan berlaku.
"Pada peringkat ini paling terbaik adalah kita tunggu laporan terperinci daripada pihak berkenaan. Apa-apa tindakan kena berpandu kepada apa sebenarnya yang berlaku," katanya.
Sehingga kini, polis telah menahan 10 pelajar berusia 13 tahun termasuk seorang yang berusia 15 tahun susulan tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai.
Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 1 hingga 2 pagi 9 Dis lepas itu tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, sehingga menerima kecaman orang ramai.
Sementara itu, beliau berkata siasatan lanjut turut sedang dijalankan berhubung satu lagi kejadian buli yang didakwa berlaku di sekolah berasrama di Pahang pada Jumaat minggu lepas dan KPM sedang menunggu laporan siasatan daripada pihak berkaitan.
Akhbar tempatan melaporkan empat pelajar dikurung di dalam sebuah bilik selama dua jam dan dijadikan seperti 'karung tinju' oleh sekumpulan lapan senior yang membelasah mereka selepas berang dengan tindakan mangsa menonton video melalui telefon bimbit.
Kejadian itu didakwa berlaku dengan kesemua mangsa berusia 14 tahun itu dikurung di dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak serta dikenakan hukuman rotan oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima.
Mengenai majlis yang dihadiri pada hari ini, Dr Mah berkata antara isu yang dibicangkan termasuklah cara-cara memastikan pengukuhan serta pemulihan pembelajaran dan pengajaran di sekolah semasa pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Dr Mah berkata ia perlu diperhalusi berdasarkan laporan penuh kes buli yang dilaporkan termasuk membabitkan pelajar MRSM Sultan Azlan Shah, baru-baru ini. - Gambar fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
KPM siasat kes buli pelajar sekolah
KPM menjalankan siasatan berkaitan video tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli pelajar sekolah.
Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.
KPM siasat dakwaan pelajar lari dari sekolah akibat dibuli
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dakwaan kes buli melibatkan seorang pelajar sekolah baru-baru ini, bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan segera.
Kementerian tambah warden 63 peratus atasi kes buli- Fadhlina
Kementerian Pendidikan telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus bermula 1 Ogos 2022 sebagai langkah pencegahan kes buli.
KPM beri jaminan setiap aduan buli akan disiasat
Setiap aduan itu akan disiasat mengikut prosedur satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian.
Kes buli MCKK: Polis sudah lengkapkan siasatan
Polis sudah melengkapkan siasatan berkaitan kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar.
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
PIBG MCKK selar tindakan tular kejadian buli
PIBG MCKK kesal ahli keluarga pelajar yang menularkan kejadian buli di sekolah berkenaan kerana dianggap memberi imej buruk kepada MCKK.
Lima pembuli, 4 pihak lain diarah bayar ganti rugi kepada bekas pelajar
Mahkamah Persekutuan memerintahkan lima bekas pelajar Tingkatan Lima dan empat pihak lain membayar ganti rugi kepada seorang mangsa buli berusia 14 tahun.