awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2024
04:25 MYT
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Mohammad Haikal ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan tarikh 11 Mac untuk sebutan semula kes pertuduhan terhadap Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, Disember lalu.
Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid memaklumkan pihaknya belum menerima laporan forensik.
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.
Tarikh berkenaan sebelum itu dicadangkan oleh peguam Mohammad Haikal, Syahril Anuar dan tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak pendakwaan.
Pada 24 Januari lalu, bekas posmen itu buat pertama kali didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan membunuh wanita itu, Disember lalu namun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan sebelum ini, dia didakwa membunuh Mila Sharmilah antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Terdahulu, misteri kehilangan Bella pada malam 14 Disember lalu akhirnya terjawab susulan penemuan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, pada pagi Jumaat, 19 Disember lalu.
Rangka tidak sempurna itu ditemui sejurus tertuduh tiba di tanah air setelah selesai menunaikan umrah bersama keluarganya sebelum membawa polis ke lokasi tersebut.
Seterusnya, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan didapati sepadan dengan DNA milik ibu serta kakak Mila Sharmila yang kemudiannya membawa kepada penahanan suspek bersama dua lagi tertuduh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh Bella
#Mahkamah Majistret
#Mahkamah Tinggi
#Bella
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan