PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini diberitahu bahawa seseorang telah sengaja mengunci tombol pintu dari luar bilik yang terbakar, lokasi mayat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan ditemukan bagi mencipta satu "staged crime scene".
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.
"Kesan terbakar pada tombol juga sengaja dilakukan bagi memberi gambaran bahawa tombol itu terkunci disebabkan sambaran api kebakaran kerana tiada sebarang kebakaran pada pintu tersebut, hanya kesan jelaga sahaja.
Kesan terbakar pada tombol disebabkan oleh kebakaran dan ia merupakan persediaan untuk mencipta satu 'stage crime scene'," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berhujah dalam rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Samirah Muzaffar, 48, yang juga balu Nazrin, serta dua remaja yang kini berumur 21 dan 18 tahun daripada pertuduhan membunuh Nazrin, selepas memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Sementara itu, Mohd Amril berkata pakar patologi kedua, Dr Prashant Naresh Samberkar (SP50) menyatakan terdapat kesan post-mortem hipostasis di bahagian belakang mayat yang menunjukkan mayat mangsa telah dialihkan.
"Bukan itu sahaja, kewujudan percikan darah pada dinding di bahagian kepala katil yang mana kemudiannya disahkan positif asid deoksiribonukleik (DNA) si mati turut membuktikan perkara yang sama. Bagaimana boleh dijumpai darah simati pada dinding sedangkan mayat si mati dijumpai di atas lantai?
Penemuan kesan darah itu adalah konsisten dengan kesan terkena objek tumpul dan bukannya kesan tembakan atau letupan," katanya.
Seorang lagi TPR, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail pula berhujah, kecederaan pada badan si mati tidak konsisten dengan letupan.
"Sekiranya berlaku letupan (daripada telefon bimbit), telinga mangsa akan terkoyak namun ia masih lagi elok. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Zulkiflee Abu Bakar turut mengesahkan telinga si mati masih elok," katanya.
Rayuan yang didengar di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli bersambung 17 Okt ini.
Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan ketiga-tiga tertuduh daripada pertuduhan membunuh Nazrin di akhir kes pendakwaan.
Samirah dan dua remaja itu, serta seorang wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin, 45 tahun ketika kejadian, di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018, dan 4 pagi hari berikutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Mahkamah Rayuan di sini hari ini diberitahu bahawa seseorang telah sengaja mengunci tombol pintu dari luar bilik yang terbakar, lokasi mayat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan ditemukan bagi mencipta satu "staged crime scene".
Tumpuan Khamis - 28 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Ops Khas Motosikal: 14,780 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ
Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Ada seseorang cipta "staged crime scene" - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.