SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar, dan dua anaknya berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman ketika membacakan alasan penghakiman berkata, selepas mendengar dan keterangan saksi, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap mereka.
Sebelum itu, tiga tertuduh iaitu Samirah, 47, dan dua remaja yang juga merupakan anak tiri Nazrin, dilihat tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira 9.10 pagi ini.
Samirah bersama dua remaja berkenaan, masing-masing berusia 16 dan 19 tahun, dilihat tiba sambil diiringi barisan peguam serta ahli keluarga.
Ketika membaca alasan penghakimannya, Ab Karim berkata, pendakwaan gagal membuktikan Samirah serta dua remaja berkenaan ada di masa dan ketika kejadian berlaku, iaitu antara 11.30 malam 13 Jun, 2018 hingga 4.30 pagi pada hari keesokannya.
Beliau berkata, saksi pendakwaan yang juga merupakan Patologis Forensik HKL Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan bahawa waktu kematian mungkin berlaku antara 11.30 pagi hingga 1 tengah hari pada 14 Jun.
Waktu yang dianggarkan saksi tersebut, kata hakim lagi jelas bertentangan dengan masa yang dianggarkan pasukan pendakwaan dalam kertas pertuduhan.
Media sebelum ini melaporkan pasukan pendakwaan telah menutup kesnya pada 14 Feb lepas, selepas memanggil 57 saksi.
Antara yang dipanggil memberi keterangan termasuk dua orang abang dan kakak Nazrin iaitu Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan serta Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Edwin Galan Anak Teruki; serta pengawal keselamatan kediaman Nazrin, Raju Kumar Pandit.
Samirah, dua orang anaknya, serta seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam, 13 Jun 2018 hingga 4 pagi 14 Jun 2018.
Menyentuh mengenai emosi dan kelakuan Samirah sepanjang waktu kejadian, hakim berkata, hujah pendakwaan bahawa wanita tersebut tidak membuat tindakan yang sepatutnya seperti menghubungi bomba, bersedih atau meraung, kesemua itu pada pendapat mahkamah hanyalah persepsi pendakwaan.
“Tidak menghubungi pihak bomba, tiada reaksi sedih, dan tidak meraung dalam van jenazah. (Itu) semua lebih kepada persepsi pihak pendakwaan dan ia tidak berkaitan,” katanya lagi, sambil menambah, tiada saksi pendakwaan yang dapat menyokong hujah berkenaan.
Pasukan pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail, dan Nur Sabrina Zubairi, sementara pembelaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dan dibarisi Rahmat Hazlan, LS Leonard, S Suresh, Savreena Kaur, dan Zahria Eleena Redza.
Firdaus Azil
Tue Jun 21 2022

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman ketika membacakan alasan penghakiman berkata, selepas mendengar dan keterangan saksi, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap mereka. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
![AWANI 7:45 [29/01/2023] - Kuasa bantu rakyat | Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan AWANI 7:45 [29/01/2023] - Kuasa bantu rakyat | Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007134/11199716161674997718830_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [29/01/2023] - Kuasa bantu rakyat | Keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila sudah ada kuasa, jangan susahkan rakyat, amaran PM. - Selesaikan isu Pulau Batu Puteh, eratkan hubungan Malaysia-Singapura. - Cadangan Khairy bersama PH, ambil kira hubungan parti dalam kerajaan. - Minyak masak paket terputus bekalan sejak dua bulan.

Peniaga runcit masih tersepit isu kekurangan bekalan minyak masak peket
Krisis kekurangan bekalan minyak masak peket masih menjadi keluhan peniaga runcit berdasarkan tinjauan di beberapa premis di sekitar ibu kota.

Novak Djokovic juara Terbuka Australia buat kali ke-10
Kejuaraan ini sekali gus mengangkat nama Djokovic sebagai pemenang grand slam terbanyak bersama Rafael Nadal

Bengkel SPM berasingan: Isu sudah diselesaikan secara baik - Fadhlina
Isu penganjuran bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berasingan anjuran sebuah sekolah menengah di Johor sudah diselesaikan secara baik.

Malaysia-Singapura | Lawatan sulung Anwar ke Singapura pada Isnin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada esok, sempena lawatan sulung beliau ke Singapura. Perdana Menteri, diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba di Kota Singa pada jam 9.30 pagi.

Minyak Masak Paket | Bekalan di kedai runcit masih krtikal
Peniaga kedai runcit masih terhimpit dengan isu bekalan minyak masak paket yang dilihat masih tidak mampu menampung permintaan harian. Bukan masalah sehari dua, namun dakwa peniaga, ada di antara mereka yang telah terputus bekalan lebih dari tempoh 2 bulan.

Lawatan PM ke Singapura | Selesaikan isu-isu yang berbangkit
Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura seringkali terjejas akibat beberapa isu yang timbul, kata Penganalisis Politik UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Penasihat kanan PM | Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Januari lalu. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.

Pertikaian Cukai | Rishi Sunak pecat Pengerusi Parti Konservatif
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak memecat Pengerusi Parti Konservatifnya, Nadhim Zahawi, pada Ahad. Tekanan meningkat ke atas Nadhim selepas timbul dakwaan beliau menyelesaikan bil cukai jutaan dolar yang belum dibayar, semasa beliau menjaga portfolio Perbendaharaan Negara.
![[TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah [TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007116/11199715851674995926303_640x360.jpg)
[TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan lantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan bagi Ekonomi dan Kewangan. Jelasnya, lantikan itu dibuat atas dasar pelawaan dan tanpa elaun.

Pengurusan kes rayuan pendakwaan dalam kes bunuh CEO Cradle Fund pada 12 Jan
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Jan untuk pengurusan kes seterusnya bagi rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan CEO Cradle Fund Nazrin Hassan.

Pengurusan kes rayuan pendakwa terhadap Samirah dan dua remaja ditetapkan Isnin depan
Pengurusan kes tersebut pada hari berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

AGC fail rayuan terhadap keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund
Pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan notis rayuan agar Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua anaknya dilepas dan dibebaskan
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar, dan dua anaknya berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan empat tahun lalu.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Dihentak kepala dengan kamera, peguam Samirah belum putus untuk buat laporan polis
Insiden berlaku ketika Samirah yang ditemani peguamnya dibawa ke kamar perbicaraan.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: "Kebenaran pasti akan timbul" - Abang Allahyarham Nazrin
Rayuan itu akan dikemukakan keluarga Allahyarham atas prinsip sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Pendakwaan gagal buktikan waktu kejadian - Shafee
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, dua remaja tiba di mahkamah 9.10 pagi
Samirah bersama dua remaja berkenaan tiba sambil diiringi barisan peguam serta ahli keluarga.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund pagi ini
Ab Karim dijangka menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi ini.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Nasib Samirah, dua remaja diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman dijangka membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada jam 9 pagi esok.