awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh di Semenyih: Wanita, anak saudara lemas akibat beg plastik

Bernama
Bernama
05/05/2025
15:00 MYT
Kes bunuh di Semenyih: Wanita, anak saudara lemas akibat beg plastik
Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini. - Foto BERNAMA
KLANG: Polis mengesahkan kematian seorang wanita dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih, April lepas adalah disebabkan kelemasan akibat beg plastik.
Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata dapatan itu diperoleh selepas pihaknya menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mayat mangsa.
"Hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas akibat beg plastik.
"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini.
Pada 26 April lepas, bau busuk di sebuah rumah di Semenyih membawa kepada penemuan mayat dua bersaudara berusia 53 dan 25 tahun itu, yang dipercayai dibunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Semenyih
#beg plastik
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan