awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh penuntut kolej: Polis sahkan siasatan belum menjurus kepada jenayah seksual

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/08/2025
05:56 MYT
Kes bunuh penuntut kolej: Polis sahkan siasatan belum menjurus kepada jenayah seksual
Wan Azlan Wan Mamat berkata, setakat ini polis sudah merakamkan keterangan 30 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan saksi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
SUBANG JAYA: Siasatan polis terhadap kematian seorang penuntut kolej wanita yang ditemui tergantung pada kipas siling di ruang tamu kediamannya di USJ 2/1, di sini minggu lalu belum menjurus kepada dakwaan perlakuan jenayah seksual.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, setakat ini polis sudah merakam keterangan 30 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan saksi.
Menurutnya, polis akan memanggil lima individu lagi bagi membantu siasatan.
"Ada keterangan yang perlu kita ambil semula. Kes ini perlukan sedikit masa untuk diselesaikan dan buat masa ini siasatan tidak menjurus lagi ke arah perlakuan seksual," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini pada Jumaat.
Selain itu Wan Azlan berkata, polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar rumah mangsa.
Beliau memberitahu, siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian serta suspek terbabit.
Pada 14 Ogos lalu, mangsa berusia lingkungan 20-an itu didakwa ditemui tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah itu oleh bapanya pada jam 11.55 pagi.
Berdasarkan laporan bedah siasat pakar patologi Hospital Serdang, punca kematian disahkan akibat pendarahan pada sekeliling tulang leher (hyoid bone) manakala kecederaan pada otot dan tulang adalah kesan cekikan (manual strangulation).
Mangsa yang tinggal bersama kakak serta sepupunya didapati bersendirian semasa kejadian dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#bedah siasat
#penuntut mati
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan