awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima laporan hantaran Facebook dipercayai fitnah ke atas Institusi Diraja Perlis
BTS kembali dengan album baharu 20 Mac ini selepas berehat hampir empat tahun
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh T. Nhaveen: Tertuduh kelima didakwa di mahkamah

Bernama
Bernama
30/12/2021
10:02 MYT
Kes bunuh T. Nhaveen: Tertuduh kelima didakwa di mahkamah
Seorang kontraktor hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen pada 9 Jun 2017. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Seorang kontraktor hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh mangsa buli T. Nhaveen pada 9 Jun 2017.
S. Gopinath, 30, tertuduh kelima didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama antara 11 malam hingga 12 tengah malam berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor dekat sini.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh mengangguk tanda faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah memandangkan kes berkenaan di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.
Bagi pertuduhan itu, Gopinath didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret R. Manomani menetapkan esok, 31 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes dan pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan dan Farah Aimy Zainul Anwar.
Farah Aimy memberitahu mahkamah kes Gopinath akan dipindah ke Mahkamah Tinggi esok dan tiada jaminan ditawarkan.
Pada 19 Jun 2017, empat tertuduh J. Ragesuthen, 18, dan S. Gokulan, 18, serta dua lagi remaja lelaki pada masa itu, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen, 18.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#T Nhaveen
#mangsa buli
#S Gopiath
#Pusat Pembelajaran Karpal Singh
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Jalan Kaki Bukit
#Gelugor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan