awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pembaikan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang perlukan penilaian cerun
MALAYSIA
[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Ini apa yang kita tahu setakat ini
MALAYSIA
Penjual makanan kesihatan didakwa buat hantaran jelik berhubung siasatan GISB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi

Amirul Aiman
Amirul Aiman
17/05/2025
03:20 MYT
Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
KKM menegaskan bahawa segala langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 akan disesuaikan mengikut perkembangan semasa, bagi memastikan rakyat menerima manfaat kesihatan secara menyeluruh dan inklusif.
KUALA LUMPUR: Situasi jangkitan COVID-19 dalam negara kekal terkawal dan berada di bawah paras amaran, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kenyataan ini dikeluarkan susulan peningkatan kes di beberapa negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Menurut KKM dalam satu kenyataan hari ini, sejumlah 11,727 kes direkodkan dari Minggu Epidemiologi (ME) 1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.
“Kes tertinggi dicatatkan pada minggu awal tahun dengan 960 kes pada ME1/2025 dan 1,229 kes masing-masing pada ME2/2025 dan ME3/2025.
“Kes harian menunjukkan trend penurunan berterusan sehingga mencapai 210 kes pada ME15/2025,” katanya.
Sementara itu, bagi tempoh ME16 hingga ME19/2025, sekitar 600 kes seminggu telah direkodkan.
KKM mengesahkan jumlah ini masih di bawah paras ambang amaran dan langkah kawalan bersesuaian sedang dilaksanakan.
Di Singapura, Kementerian Kesihatan republik itu melaporkan peningkatan ketara kes COVID-19 dengan lebih 25,900 jangkitan direkodkan dalam tempoh 5 hingga 11 Mei 2025.
Sementara itu, di Thailand, Jabatan Kawalan Penyakit negara itu melaporkan lebih 1,700 kes baharu dalam minggu terakhir April 2025, meningkat lebih 150 peratus berbanding minggu sebelumnya.
KKM menegaskan bahawa segala langkah kawalan dan pencegahan akan disesuaikan mengikut perkembangan semasa, selaras dengan nilai teras MADANI iaitu Kesejahteraan, bagi memastikan rakyat menerima manfaat kesihatan secara menyeluruh dan inklusif.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan langkah pencegahan kendiri, mendapatkan rawatan segera sekiranya bergejala, serta melindungi golongan berisiko tinggi.
“Kumpulan berisiko tinggi digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius dan kematian.”
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Singapura
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami