awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 terus naik di Selangor? KKM mungkin syor PKP penuh - Dr Adham

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/05/2021
10:14 MYT
Kes COVID-19 terus naik di Selangor? KKM mungkin syor PKP penuh - Dr Adham
Dr Adham Baba menyatakan KKM akan mengesyorkan PKP penuh di Selangor jika kes terus meningkat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, KKM juga akan mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat di negeri itu jika jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan tidak mampu dikekang.
"Saya setuju kita perlu cadangkan kepada kerajaan supaya lebih ketat SOP dan juga PKP sekiranya melihatkan kepada ketidakupayaan mengekang, maka cadangan untuk kita melaksanakan PKP penuh adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan," katanya dalam sidang akhbar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah KKM melihat pada angka harian COVID-19 yang semakin meningkat di Selangor.
Sebanyak 4,446 kes baharu direkodkan pada Isnin dengan Selangor terus kekal tinggi dengan 1,650 kes.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Adham menasihati orang ramai supaya tidak 'berhari raya' di pusat beli belah yang boleh mencetuskan kepada peningkatan jangkitan.
"Kebimbangan ini memuncak berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif, yang menuntut rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard, termasuk menjaga penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kes sporadik meningkat berbanding kes kluster dengan 89 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan dari 9 April hingga 8 Mei lepas adalah kes sporadik.
Justeru katanya, kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) akan boleh ditingkatkan hingga 10,000 pesakit.
COVID-19 | PKRC MAEPS akan tambah seribu katil baharu
"Kini pusat ini menempatkan hampir 4,000 pesakit kategori satu dan dua manakala 1,000 katil boleh ditempatkan bagi kes kategori tiga untuk mengurangkan tekanan di hospital awam dan swasta di mana sebelum ini pesakit kategori tiga dimasukkan ke hospital kerajaan atau swasta," katanya.
BACA: Situasi PKRC MAEPS semakin mencabar, pesakit kategori 3 bertambah
Topic Berkaitan
#PKP
#MCO
#Dr Adham Baba
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#kes meningkat
#perintah kawalan pergerakan
#KKM
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan