awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Tahap kesihatan PM Anwar memberangsangkan, boleh jalani tugas rasmi - Pengarah HSIS
Polis tahan lelaki pukul kanak-kanak guna rotan di Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Cradle Fund: Adik ipar Nazrin dan suami ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2018
09:04 MYT
Kes Cradle Fund: Adik ipar Nazrin dan suami ditahan polis
Perintah reman telah dipohon dan kedua-dua mereka dibenarkan reman selama empat hari.
Polis menahan adik ipar kepada arwah Nazrin Hassan dan suaminya bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd itu semalam.
Pasangan suami isteri yang berumur 39 dan 41 tahun itu ditahan pihak polis pada pukul 10.20 malam di Taman Tun Dr Ismail, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, perintah reman telah dipohon dan kedua-dua mereka dibenarkan reman selama empat hari.
"Kita juga sedang menjalankan siasatan hubung kait pasangan ini dengan Nazrin. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada 4 September lalu, polis telah mendapat arahan untuk reman tujuh hari isteri Nazrin dan bekas suami isterinya.
Polis juga sebelum ini telah menahan dua anak tiri Nazrin pada 8 September lalu.
Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran.
Dalam tragedi 14 Jun itu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira jam 12.20 tengah hari.
Cradle Fund, merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan di negara ini.
Topic Berkaitan
#bomba
#bunuh
#cradle fund
#Fadzil Ahmat
#jenayah
#kebakaran
#Kementerian Kewangan
#maut
#Nazrin Hasaan
#Petaling Jaya
#petrol
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan