Padah menerima suapan RM3,000 sebagai dorongan ‘menggelapkan’ kes curi kambing, tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini.
Tertuduh, Shahrul Sufian Mohd Jaini, 33, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Pondok Polis Sungai Kelemah Gemas, Daerah Tampin didapati menerima wang tunai RM3,000 daripada Mohd Azmil Abdul Manaf, 37, yang mana ia ada kaitan dengan tugas rasminya sebagai anggota polis.
Mengikut fakta kes, tertuduh didapati meminta wang rasuah berkenaan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu berkenaan yang dikatakan bersubahat bersama dua rakan dalam kes mencuri kambing.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di pekan Gemencheh Baru, Tampin sekitar jam 12 tengahari hingga 1 petang, 10 September tahun lepas.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, prosiding yang dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Zainab yahaya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun menangis teresak-esak sambil merayu hukumannya diringankan dengan alasan dia menanggung kedua ibu bapa yang menghidap penyakit kronik.
Tambahnya dua anaknya juga akan memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan selain sempat meminta ampun dan penyesalan kepada mahkamah terhadap kesalahan yang pertama kali dilakukan itu.
Madihah pada penghakimannya kemudian menjatuhi hukuman denda RM5,000 terhadap tertuduh serta lapan bulan penjara sekiranya gagal melunaskan jumlah berkenaan.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Dec 24 2019
Tertuduh, Shahrul Sufian Mohd Jaini, 33, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan hakim Madihah Harullah. - Foto Astro AWANI
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Curi ekor kambing sumbat dalam kereta
Tindakan seorang lelaki mencuri tiga ekor kambing membawa padah apabila ditahan kurang daripada empat jam selepas melakukan jenayah itu di sebuah kebun di Kampung Pusak, Ulu Membakut.
Sepasang kekasih ditahan kerana curi, jual kambing
Pasangan kekasih tersebut dipercayai menjalankan kegiatan tersebut untuk mencari wang bagi menyambut perayaan Deepavali.
Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman
Padah menerima suapan RM3,000 sebagai dorongan menggelapkan kes curi kambing, tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal di denda RM5,000.