PUTRAJAYA: Seorang bekas penghantar barang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya hukuman 10 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya bagi dua kesalahan memiliki dadah berjalan serentak.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Mohammad Syukran Ramli, 28, dan mengekalkan keputusan panel itu sebelum ini supaya hukuman 10 sebatan itu berjalan secara berasingan.
Ini bermakna Mohammad Syukran akan menerima 20 sebatan.
"Mahkamah mendapati bahawa tiada sebab untuk mahkamah menggunakan kuasa budi bicara membenarkan hukuman sebatan berjalan serentak. Sehubungan itu, rayuan perayu ditolak," kata Hasnah yang turut bersidang bersama Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Pada 21 Nov lepas, panel itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun dan 10 sebatan terhadap Mohammad Syukran atas dua kesalahan memiliki dadah selepas menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara berikutan Jabatan Peguam Negara menerima representasi dikemukakan lelaki itu.
Mohammad Syukran didakwa atas dua pertuduhan, iaitu memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 22.0 gram serta 76.61 gram methamphetamine di hadapan Balai Polis Telemong, Bentong, Pahang pada 10.45 malam, 5 April 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara serentak dari tarikh tangkap pada 5 April 2018 manakala hukuman sebatan dijalankan secara berasingan.
Pada 12 Ogos 2020, Mohammad Syukran dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh selepas didapati bersalah mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 29 Ogos 2022.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa, yang memohon supaya hukuman sebatan dijalankan secara berasingan berkata, hukuman itu dapat memberi mesej pencegahan kepada pesalah serta menghalang mereka daripada mengulangi kesalahan sama pada masa depan.
Peguam Muhammad Amirrul Jamaluddin mewakili Mohammad Syukran pula memohon agar hukuman 10 sebatan dapat diberikan secara serentak terhadap anak guamnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Panel tiga hakim menolak rayuan Mohammad Syukran Ramli, 28, dan mengekalkan keputusan panel itu sebelum ini supaya hukuman 10 sebatan itu berjalan secara berasingan. - Gambar fail/Bernama
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Kes dadah: Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar barang, hukuman 20 sebatan kekal
Seorang bekas penghantar barang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya hukuman 10 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya bagi dua kesalahan memiliki dadah berjalan serentak.
Serangan seksual: Mahkamah kembalikan hukuman penjara 10 tahun terhadap peniaga
Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya.
Pelacur 'otai' dihukum empat sebatan
Seorang janda dijatuhi hukuman empat sebatan Syariah dan diarah menjalani pemulihan akhlak selama enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu hari ini.