KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti, sebelum ditangguhkan kerana peguam tidak sihat.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan itu setelah membenarkan permohonan pihak pembelaan yang memaklumkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam utama bekas perdana menteri itu tidak sihat.
Peguam Tania Scivetti memberitahu mahkamah bahawa Muhammad Shafee tidak dapat menghadiri perbicaraan hari ini dan sijil sakit beliau akan dikemukakan kemudian.
Prosiding hari ini bermula dengan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan hujahnya mengapa pihak pendakwaan perlu dibenarkan memainkan rakaman audio antara Najib dan kerabat diraja Arab Saudi sebagai bukti dalam perbicaraan.
Sri Ram berhujah bahawa adalah sukar bagi pihak pendakwaan untuk membawa individu yang terlibat dengan rasuah ke muka pengadilan jika mereka perlu mematuhi peraturan yang mengawal Akta Keterangan 1950 (Akta 1950).
Beliau berkata keperluan pihak pendakwaan untuk membuktikan setiap dokumen mengikut kehendak Akta 1950 boleh menyebabkan ramai penjenayah rasuah bebas.
Disebabkan itulah kerajaan memperkenalkan Seksyen 41(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta SPRM) 2009 dengan cara pindaan bagi mengelak perkara ini, katanya.
Seksyen 41(A) Akta SPRM menyatakan bahawa sebarang dokumen atau salinan mana-mana dokumen yang diperoleh SPRM di bawah akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding di bawah akta ini, walaupun yang bertentangan dalam sebarang undang-undang bertulis lain.
"Rakaman dan transkrip itu boleh diterima di bawah Seksyen 41A Akta SPRM kerana seksyen itu tidak termasuk kaedah atau cara pembuktian yang ditetapkan oleh peruntukan di bawah Bab 5 Akta 1950," kata Sri Ram.
Beliau seterusnya berhujah bahawa definisi dalam Akta 1950 tidak tersedia untuk tujuan semasa kerana definisi undang-undang biasa bagi sesuatu dokumen adalah cukup luas untuk menempatkan rakaman dan transkrip di dalamnya.
"Pada masa kini, urus niaga berjuta-juta boleh dilakukan secara elektronik dalam sekelip mata. Bab 5 Akta 1950 ialah undang-undang am yang mengawal penerimaan bukti dokumentari manakala Seksyen 41(A) Akta SPRM ialah undang-undang khas.
"Rakaman dan transkrip itu boleh diterima mengikut Seksyen 41(A) Akta SPRM tanpa mengira sebarang persoalan berkaitan," katanya.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi mengikuti sambung bicara berhubung kes 1MDB yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak. - fotoBERNAMA

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.

'Jho Low cakap 'Optimus Prime' ialah Najib' - Saksi
Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank sekali lagi memetik gelaran Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, sebagai Optimus Prime iaitu satu watak dalam filem aksi Trans

Kes Roger Ng: Hakim minta pendakwaan dapatkan arahan Jabatan Peguam Negara
Mahkamah meminta pihak pendakwaan mendapatkan arahan sewajarnya daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa.

Tiada layanan istimewa untuk Najib di Penjara Kajang
Nordin berkata semua kakitangan Jabatan Penjara tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan banduan.

Hakim beri amaran kepada peguam Najib susulan penangguhan saksi berulang kali
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan agar Wan Aizuddin mengambil tempat Muhammad Shafee jika beliau tidak dapat hadir.

Peguam Najib sakit, perbicaraan 1MDB ditangguh
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sedang cuti sakit sehingga 9 Oktober.

Bicarakan di mahkamah bukan pada awam, kata Sri Ram pada peguam Najib
Gopal Sri Ram berkata pihak pendakwaan akan perlu memohon untuk menghalang pihak pembelaan bercakap dengan media, jika mereka meneruskan perbuatan ini.

Kerajaan Malaysia mohon lucut hak wang, kereta dan hartanah bekas pengarah eksekutif 1MDB
Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM156,500, sebuah kereta dan juga hartanah daripada bekas pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee.

Kes 1MDB: RM90.9 juta masuk ke akaun Najib pada 2012 - Saksi
Saksi memberitahu akaun Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kemasukan wang RM90.9 juta pada Oktober dan November 2012.

Hakim baharu akan dengar kes saman 1MDB terhadap Deutsche Bank, enam pihak lain
Kes saman difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap tujuh pihak termasuk dua syarikat perbankan di luar negara akan didengar oleh hakim yang baharu.