awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha

Bernama
Bernama
27/05/2024
10:10 MYT
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Pejabat Kesihatan Daerah diminta menjalankan aktiviti pencegahan terutama di mukim-mukim yang sering berlaku peningkatan kes demam denggi pada Aidiladha pada tahun-tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
BACHOK: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata sehubungan itu semua Pejabat Kesihatan Daerah diminta menjalankan aktiviti pencegahan terutama di mukim-mukim yang sering berlaku peningkatan kes demam denggi pada Aidiladha pada tahun-tahun sebelumnya.
"Kita berjaya mengekang kenaikan kes demam denggi selepas hari raya Aidilfitri baru-baru ini hasil daripada usaha pencegahan yang dijalankan dan menjangkakan berlaku trend peningkatan sekiranya langkah pencegahan tidak diambil pada Aidiladha ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Penanaman Pokok Bakau di Pantai Melawi sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Radicare (M) Sdn Bhd, di sini hari ini.
Sementara itu Dr Zaini berkata 873 kes demam denggi dilaporkan di Kelantan dari Januari hingga 15 Mei lepas iaitu peningkatan 31.9 peratus berbanding 662 kes kes pada tempoh sama tahun 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#demam denggi
#Aidiladha
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan