GEORGE TOWN: Pulau Pinang merekodkan 283 kes demam denggi sejak Januari hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 yang bermula 12 hingga 18 Jun iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 217 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata berikutan itu, kerajaan negeri meneruskan kerjasama strategik termasuk pemerkasaan 136 pasukan Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) di seluruh negeri dan melaksanakan projek pelepasan nyamuk aedes berWolbachia di lokaliti panas kes demam denggi.
"Peningkatan kes demam denggi tidak boleh dipandang remeh dan trendnya berlaku secara mendadak bermula ME ke-19. Kita percaya pembukaan semula sektor ekonomi dalam fasa peralihan ke endemik, keadaan cuaca tidak menentu selain jenis kitaran serotaip virus denggi dalam komuniti menjadi faktor mempengaruhi trend peningkatan tersebut.
"Sikap sambil lewa dan menjaga kebersihan secara tidak sempurna antara punca penyumbang terbesar. Berdasarkan maklumat, pihak berkuasa tempatan kerap menganjurkan kempen kebersihan di kawasan wabak namun sambutan yang diterima lazimya dipandang sepi oleh sebahagian masyarakat," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes peringkat Pulau Pinang di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Ma'arof Sudin.
Sementara itu, Dr Ma'arof berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan melepaskan nyamuk berWolbachia di Bukit Gedung di daerah Barat Daya, Taman Manggis di Timur Laut dan Inderawasih, Seberang Perai Tengah (SPT) yang menyaksikan kadar penurunan kes hingga 99 peratus.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengenal pasti dua lagi lokaliti di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara (SPU) untuk melepaskan nyamuk itu dalam masa terdekat namun jumlah nyamuk bergantung kepada keluasan kawasan terlibat.
Beliau berkata secara kumulatif, terdapat 16 lokaliti wabak demam denggi di Pulau Pinang iaitu tujuh di SPT, Timur Laut (lima), SPU (tiga) dan satu di Barat Daya namun tiada kematian direkodkan di negeri ini sejak dua tahun lepas.
"Bagi kes Chikungunya, ia menunjukkan penurunan sebanyak 75.68 peratus iaitu setakat 18 Jun lepas hanya sembilan kes dilaporkan berbanding 37 kes bagi tempoh sama tahun lepas," katanya dengan menambah tiada lokaliti wabak aktif Chikungunya dilaporkan di negeri itu ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Chow berkata, sikap sambil lewa dan menjaga kebersihan secara tidak sempurna antara punca penyumbang terbesar peningkatan kes denggi di Pulau Pinang. - Gambar fail
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
2 lagi kes kematian akibat denggi di Johor
Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.
Kes denggi menurun, empat kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi hingga 16 Dis lepas meningkat 89.3 peratus - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022.
Kes denggi meningkat di Malaysia
Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat 4.7 peratus, dua kematian dilapor
Jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes denggi meningkat di Bangladesh, lebih 11,000 dimasukkan ke hospital pada Julai
Negara Asia Selatan itu mengalami lonjakan kes denggi pada Sabtu, dengan 1,623 jangkitan baharu dan tujuh kematian direkodkan.