SUNGAI PETANI: Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-16 tahun ini berbanding 1,301 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Mejar (B) Mansor Zakaria berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 19.1 peratus atau 249 kes.
Beliau berkata terdapat empat kes kematian denggi bagi tempoh tersebut berbanding sifar kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Susulan peningkatan kes, trend peningkatan wabak juga berlaku iaitu hingga ME ke-16 tahun ini sebanyak 136 wabak denggi direkodkan di negeri Kedah berbanding 121 wabak denggi dalam tempoh yang sama pada 2023 iaitu peningkatan 12.4 peratus.
"Justeru, peningkatan kes dan kematian berterusan ini memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada masyarakat serta pihak berwajib dalam usaha menanganinya," katanya kepada pemberita semasa meninjau satu daripada lokaliti "hotspot" denggi di Taman Sejati Indah di sini hari ini.
Mansor berkata bagi seluruh negeri Kedah bermula Januari lepas hingga kini, sejumlah 95,307 premis telah diperiksa dengan 6,297 premis dikesan mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Sehubungan itu, menurutnya sebanyak 1,756 notis kompaun dengan nilai RM848,900 dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dengan kerjasama KerajaanNegeri memperkenalkan Kod QR Pemeriksaan Tempat Pembiakan Aedes Kendiri bagi menggalakkan penduduk memeriksa tempat pembiakan Aedes di kediaman sendiri, sejak Januari lepas.
Menurutnya sebagai permulaan inisiatif ini melibatkan penduduk di beberapa lokaliti berisiko dan akan diperluaskan ke seluruh negeri ini pada masa akan datang.
"Kod QR tersebut memberi panduan tempat berisiko pembiakan Aedes dan membolehkan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan direkodkan. Data penggunaan kod QR ini akan dipantau dan dinilai JKN bagi pemberian insentif pencapaian di peringkat individu dan komuniti oleh kerajaan negeri bagi membudayakan tingkah laku menjaga kebersihan rumah setiap minggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Mansor (kiri) mengadakan tinjauan wabak denggi di kawasan perumahan di Taman Sejati Indah, hari ini. - Foto Bernama
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Malaysia pantau situasi kejadian tanah runtuh di Papua New Guinea
Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea sedang memantau situasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Wilayah Enga di negara berkenaan.
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Seramai 48 penumpang daripada penerbangan Singapore Airlines (S-I-A) SQ321, yang dialihkan ke Bangkok ketika dalam perjalanan ke Singapura dari London masih dirawat di tiga hospital di Bangkok.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Jenazah ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek di Sungai Acheh, Nibong Tebal sekitar pukul 6.30 petang Jumaat.
Kekosongan kerusi DUN dimaklum kepada SPR Sabtu - Chow
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
[TERKINI] ICJ arahkan Israel hentikan serangan di Rafah
Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengarahkan Israel menghentikan serangan tenteranya di Rafah dengan serta-merta
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mei 2024.
10 Berita Pilihan - (24 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Huawei pindahkan teknologi dan pengetahuan dalam pendidikan TVET Malaysia
Ahmad Zahid berpuas hati dengan komitmen Huawei di Malaysia kerana Huawei sudah bertapak selama 23 tahun.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.