ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mei 2024.


1. Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000

Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah semalam, dituduh lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas satu kes meminta suapan RM350,000 berhubung tender pembekalan alat baiki berjumlah RM381 juta, empat tahun lalu.



2. Lima ahli keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ditahan bawah Sosma

Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).


3. ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari Jumaat.


4. Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand

Gergasi sepak takraw dunia Thailand akhirnya mengakui Malaysia ketika ini lebih kuat berbanding skuad Gajah Perang, kata pengurus merangkap ketua jurulatih Thailand ke kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di sini, Supot Tumpracha.


5. Astro tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine mulai Sabtu

Seiring kelantangan dan sokongan tanpa henti terhadap Palestin, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggerakkan inisiatif melalui saluran khas, #Malaysia4Palestine.


6. Balai polis terpencil akan dipasang CCTV, pintu pagar ditutup awal

Tahap keselamatan balai-balai terpencil akan dipertingkatkan, antaranya dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu pagar ditutup lebih awal, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengakibatkan dua anggota terkorban.
 

7. Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun

Antara sumbangan pemikir serta tokoh filasuf (ahli falsafah) terkemuka Jepun Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.


9. 'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.


10. Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi

Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.