awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera pembantu rumah: Menteri arah siasatan segera

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/09/2022
10:37 MYT
Kes dera pembantu rumah: Menteri arah siasatan segera
M Saravanan memberitahu, kerajaan tidak akan melindungi identiti mana-mana majikan yang didapati bertindak di luar batas kemanusiaan meskipun ianya masih di dalam peringkat siasatan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk menyiasat kes penderaan membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Menterinya, Datuk Seri M Saravanan memberitahu, kerajaan tidak akan melindungi identiti mana-mana majikan yang didapati bertindak di luar batas kemanusiaan meskipun ianya masih di dalam peringkat siasatan.
Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya majikan didapati gagal mematuhi perundangan perburuhan termasuk perbuatan yang bercanggah dengan elemen-elemen buruh paksa.
"Kerajaan Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk kekerasan dan penindasan terhadap mana-mana pekerja termasuk warga asing," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Berdasarkan siasatan Saravanan memberitahu, mangsa tidak dibayar gaji oleh majikannya sejak mula bekerja dari tahun 2019 dengan nilai tunggakan hampir RM32,000.
Beliau memberitahu, majikan dalam kes itu adalah pasangan suami isteri yang menetap di Batu Caves, Selangor.
BACA: [EKSKLUSIF] Majikan durjana dipercayai pegawai kerajaan dera pembantu rumah
Menurutnya, insiden seperti itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia menjejaskan imej negara.
"Oleh itu, saya ingin mengingatkan para majikan untuk tidak bersikap dan bertindak di luar perikemanusiaan terhadap pekerja mereka," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Saravanan
#Kementerian Sumber Manusia
#Joko Widodo
#pembantu rumah didera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan