awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Ebit Lew: Pendakwaan bantah sekat media lapor perkataan sensitif

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2022
13:14 MYT
Kes Ebit Lew: Pendakwaan bantah sekat media lapor perkataan sensitif
Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di Tenom. - Gambar/ Astro AWANI
TENOM : Pihak pendakwaan dalam kes Ebit Lew membantah permohonan daripada peguam bela untuk menyekat media melaporkan perkataan sensitif yang diberitahu dalam mahkamah sepanjang prosiding kes itu berlangsung.
Dalam hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, pihak pendakwaan berpandangan sama dengan mahkamah bahawa kes itu dibicarakan dalam mahkamah awam dan media mempunyai hak untuk melaporkannya.
Jelas Zahida, media tidak boleh bersifat selektif untuk memilih atau memutuskan apa perkara yang sensitif kepada tertuduh atau pengadu memandangkan bukti dikemukakan dalam mahkamah.
"Bukti diberikan di dalam mahkamah awam. Media tidak boleh bersifat selektif untuk memilih atau memutuskan apa perkara yang sensitif kepada tertuduh atau pengadu.
"Jadi kami tidak bersetuju dengan permintaan itu," katanya sebelum pemeriksaan balas terhadap saksi ketiga, Firdaus Wong diteruskan pada Rabu.
Sehubungan itu, mengambil kira hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan untuk tidak melayan permohonan perintah larangan yang dikemukakan pihak pembelaan.
Sebelum itu, peguam bela Ram Singh yang mewakili Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim memohon mahkamah untuk mendapatkan perintah larangan terhadap media supaya tidak melaporkan kenyataan atau bukti yang sensitif dalam mahkamah.
Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di Tenom.
Menerusi pertuduhan berkenaan, Ebit didakwa menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp, antara Mac dan Jun tahun lalu.
Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#kes Ebit Lew
#sekat media
#perbicaraan
#gangguan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan