awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Ebit Lew: Pengadu takut buat laporan, ada saudara di Balai Polis Tenom - Saksi

Alexion Mairin
Alexion Mairin
28/09/2022
07:56 MYT
Kes Ebit Lew: Pengadu takut buat laporan, ada saudara di Balai Polis Tenom - Saksi
Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Foto Astro AWANI
TENOM: "Pengadu memberitahu dia takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai berkenaan."
Demikian penjelasan saksi pendakwaan pertama Mohd Fairuz Abu, 37, kepada Mahkamah Majistret Tenom di sini hari ini dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew.
Saksi yang juga seorang pakar motivasi memaklumkan sebelum itu dirinya juga ada mencadangkan agar pengadu wanita itu membuat laporan polis di Sabah.
Jelas Mohd Fairuz, pengadu kemudiannya telah membuat laporan polis di Bukit Aman selepas membuat perbincangan dengan suaminya.
"Pengadu memberitahu dia takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai berkenaan.
"Tenom ini sebuah daerah kecil dan ramai orang boleh tahu kalau dia buat 'report'," katanya.
Mohd Fairuz berkata demikian ketika prosiding hari kedua berkaitan perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah itu di sini hari ini.
Terdahulu, Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom kira-kira pukul 10.15 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda sambil diringi beberapa individu.
Mohd Fairuz turut menyatakan hantaran dalam laman sosial Facebook mencadangkan wanita lain yang menjadi mangsa agar menghubungi dirinya bagi kaunseling serta bantuan membuat laporan dimuat naik selepas laporan polis dibuat oleh seorang lagi pengadu wanita lain pada 26 Julai 2021.
Jelasnya hantaran itu juga dibuat selepas hasil perbincangan dengan Firdaus Wong serta peguam Multiracial Reverted Muslims (MRM).
"Selepas itu, semua aduan pengadu akan diserahkan kepada Sayap Wanita MRM yang mempunyai kaunselor dan pakar psikologi," jelasnya ketika menjawab soalan peguam Ram Singh.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung.
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#gangguan seksual
#Balai Polis Tenom
#pendakwah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan