KUALA LUMPUR: Seorang broker jam tangan hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng, telah membeli seutas jam tangan mewah buatan Switzerland bernilai RM40,000 daripadanya.
G. Rajan, 66, berkata beliau membeli tangan jam berjenama Maurice Lacroix daripada seorang pengedar atas permintaan Zarul Ahmad, pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith).
Zenith merupakan kontraktor utama projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Saksi pendakwaan kelima itu, bagaimanapun, berkata beliau tidak ingat tarikh sebenar pembelian itu tetapi ia berlaku antara 2013 dan 2015.
Rajan berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu atas empat pertuduhan melibatkan pelaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan-jalan utama bernilai RM6.3 bilion.
Ketika menjelaskan secara terperinci tugasnya sebagai broker jam tangan, Rajan berkata beliau berjumpa dengan pembekal dan akan membeli jam tangan daripada mereka dan kemudian akan menunjukkan barangan tersebut kepada pelanggannya.
"Saya membeli Maurice Lacroix dengan harga RM20,000 dan kemudian menjual kepada Datuk Zarul Ahmad dengan harga RM40,000," katanya.
Ditanya kenapa ada perbezaan harga yang begitu ketara, Rajan berkata harga pengedar adalah RM20,000 manakala harga runcit adalah RM40,000.
Sementara itu, ketika diperiksa balas oleh peguam Lim, Gobind Singh Deo, saksi itu berkata beliau telah mengambil tiga hingga 10 utas jam tangan untuk ditunjukkan kepada Zarul Ahmad di pejabatnya.
Gobind: Apa yang dia (Zarul Ahmad) melakukan dengan jam tangan tersebut?
Rajan: Kadang-kadang dia beli untuk kakitangannya dan kadang-kadang untuk diri sendiri.
Gobind: Jadi dia mengumpul jam tangan?
Rajan: Ya.
Gobind: Pernah bertemu dengan Lim Guan Eng?
Rajan: Tidak. Tidak pernah.
Gobind: Saya menyatakan bahawa anak guam saya tidak ada kaitan dengan jam tangan itu?
Rajan: Saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak pernah ada urusan dengannya.
Prosiding hari ini ditangguhkan lebih awal daripada kebiasaan kerana Gobind dan Lim, masing-masing Ahli Parlimen Puchong dan Bagan, perlu menghadiri persidangan Parlimen.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Guan Eng dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.
Dalam pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh oleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur, pada Mac 2011.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, juga berdepan dengan dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 22 2021
Lim Guan Eng berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.- Gambar fail
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
RM247 juta kos penuh projek Gurney Bay - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan bahawa Fasa 1 Gurney Bay melibatkan kos sebanyak RM247 juta.
Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.
Guna air simpanan untuk minum dan masak, air tangki tidak sesuai - Guan Eng
Orang ramai perlu mengambil maklum mengenai air yang disediakan di tangki simpanan tetap tidak sesuai untuk tujuan minuman dan memasak.
Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN k'jaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.
PDC tidak beri tanah kepada swasta untuk dibangunkan - Chow
Bank tanah perindustrian PDC terletak di lokasi strategik dan dapat dipasarkan kepada pelabur kategori industri digalakkan.
Mahkamah akan teliti pernyataan saksi utama kes rasuah Lim Guan Eng
Mahkamah Sesyen akan meneliti dokumen pernyataan saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.