Empat lelaki masing-masing dihukum penjara sehari dan didenda RM900, atau penjara 20 hari jika gagal membayarnya, oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana terlibat dalam perkelahian berkaitan hak penjagaan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, bulan lepas.
Ahli perniagaan Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, 32, Mohd Akmar Ashraf Ishak, 32, Muhammad Afiq Md Nor, 29, dan Mohamad Nazurin Mohd Zaini, 25, mengaku bersalah di hadapan Majistret Salaimah Salleh kerana berkelahi di tempat awam pada 23 Sept lepas.
Kesalahan itu dilakukan di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama 4, Jalan BU 4/6 Damansara Utama, Petaling Jaya di sini pada 3.30 petang.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Rakaman video insiden itu, yang menjadi viral dalam kalangan netizen, menunjukkan Mohd Adli Effendy Mohd Zaki, 35, bapa kepada kanak-kanak perempuan itu, bergelut dengan empat lelaki dan bekas isterinya.
Kekecohan itu berlaku apabila hak penjagaan kanak-kanak perempuan itu diberikan kepada bekas isterinya oleh Mahkamah Syariah awal tahun ini.
Terdahulu, keempat-empat tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan kerana ketika itu mereka hanya menunjukkan sokongan kepada sepupu mereka (bekas isteri Mohd Adli).
Selain itu, Khairil Muzamil, Mohd Akmar dan Muhammad Afiq perlu menanggung ibu bapa masing-masing manakala Mohamad Nazurin perlu menyara adiknya di universiti.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin meminta mahkamah mengenakan hukuman berat kerana pergaduhan itu menyebabkan kecederaan kepada wanita itu dan mengambil kira kesan emosi yang ditinggalkan kepada kanak-kanak itu.
Mohd Adli Effendy, bekas pemberita, yang diwakili peguam Muhammad Hafiz Hood, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama dan minta dibicarakan.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan, Salaimah berkata keempat-empat tertuduh sepatutnya malu dengan perbuatan mereka berhubung perkara itu.
"Hanya kerana pertelagahan kamu semua, ia meninggalkan kesan mendalam terhadap anak itu. Ini bukannya cara menunjukkan sayang kepada anak, ada banyak lagi cara lain. Harap hukuman ini menjadi iktibar," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016
Rakaman video insiden itu, yang menjadi viral dalam kalangan netizen, menunjukkan Mohd Adli Effendy Mohd Zaki bergelut dengan empat lelaki dan bekas isterinya.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kes hak penjagaan anak: Empat dipenjara sehari, seorang minta dibicara
Kesalahan itu dilakukan di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama 4, Jalan BU 4/6 Damansara Utama, Petaling Jaya di sini pada 3.30 petang.