REMBAU: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merekodkan peningkatan mendadak dengan 28,957 kes dicatatkan di seluruh negara setakat ini, berbanding hanya 4,239 kes pada sepanjang tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka itu direkodkan pada Minggu Epid ke-19, iaitu sejak Januari lalu sehingga semalam.
Beliau berkata, peningkatan itu bagaimanapun sudah dijangkakan memandangkan pelbagai sektor telah dibuka termasuk sektor pendidikan berbanding tahun lalu yang menyaksikan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ini adalah peningkatan yang mendadak, tetapi memang dijangkakan sebab tahun lepas banyak perintah kawalan pergerakan, jadi sekarang ini bila dibenarkan keluar, lebih-lebih lagi apabila dibuka sektor pendidikan dan sebagainya, kes hfmd ni akan meningkat.
“oleh yang demikian kita, Kementerian Kesihatan (KKM), ingin memaklumkan terutamanya kepada ibu bapa, gunalah ciri penyakit berjangkit di dalam MySejahtera untuk mendapat tahu jumlah kes di kawasan yang berhampiran anda dan sekiranya tinggi bolehlah berhati-hati.
Periksa dengan sekolah tadika atau taska sama ada telah berlaku kes yang dilaporkan. Dan kalau telah dilaporkan kes di tadika atau taska di mana anak anda hadiri, boleh ambil langkah berhati-hati,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kesihatan Merangkap Ahli Parlimen Rembau di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, di Rembau Pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Khairy turut menasihati orang ramai terutamanya golongan ibu bapa untuk sentiasa peka terhadap penyakit endemik yang lain seperti demam denggi dan HFMD.
Jelasnya, masyarakat juga boleh menggunakan ciri yang ada pada MySejahtera untuk mengetahui jumlah kes di kawasan berhampiran masing-masing dan mengambil perhatian berganda sekiranya mengesan angka kes luar biasa.
Dalam perkembangan mengenai COVID-19, Khairy turut menasihatkan serta mengalu-alukan individu yang sudah pun melepasi tempoh enam bulan selepas dos penggalak pertama terutamanya warga emas untuk mendapatkan dos penggalak kedua secara sukarela.
Shuhada Abdul Kadir
Sat May 14 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka itu direkodkan pada Minggu Epid ke-19, iaitu sejak Januari lalu sehingga semalam. - Gambar fail/Astro AWANI

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

Beg Plastik | Perak bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exconya, Akmal Kamarudin berkata satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Rasuah | Pegawai JAKOA mengaku tidak bersalah
Seorang penolong pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300 pada Januari.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun
Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Jun.

Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Mayat lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan.

AWANI Ringkas: IP masih diperlukan walaupun AP mansuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penjawat awam didakwa terima suapan RM300
Seorang Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300.

Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

HFMD: Sarawak catat trend peningkatan, 483 kes direkodkan setakat 14 Mei
Jangkitan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak menunjukkan peningkatan walaupun dalam keadaan terkawal dengan jumlah kumulatif ialah 483 kes dalam tempoh Januari hingga 14 Mei 2022.

HFMD: Kes jangkitan meningkat enam kali ganda di Sarawak
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi HFMD dinasihatkan supaya tidak menghantar mereka ke tadika, taska atau sekolah atau bermain dengan kanak-kanak lain semasa mereka sakit.

HFMD: Perak akan tutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes membimbangkan
Pejabat Kesihatan Daerah akan sentiasa memantau supaya tempat-tempat penjagaan kanak-kanak menjaga kebersihan di premis masing-masing.

Ini yang perlu ibu bapa lakukan jika anak dijangkiti HFMD
Penjagaan kebersihan semasa tempoh isolasi anak yang dijangkiti di rumah harus diamalkan pada tahap tertinggi.

HFMD: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda, 2,834 kes dilaporkan
Sabah merekodkan tren peningkatan HFMD 51 kali ganda iaitu 2,834 kes setakat 16 Mei berbanding 55 kes tahun lalu.

Kes HFMD di Johor meningkat 12.8 kali ganda, 7 wabak aktif dikesan
Peningkatan itu telah dijangka berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam negara sempena Fasa Peralihan ke Endemik.

Kes HFMD meningkat, 2,493 kes direkodkan di Kelantan -JKN
Terdapat 945 kes HFMD dilaporkan pada minggu epid 19 (8 14 Mei 2022) dengan peningkatan kes sebanyak 934 peratus.

HFMD: 12 premis ditutup, 91.4 peratus kanak-kanak terima rawatan
Peningkatan semula bilangan kes HFMD yang dilaporkan adalah selepas cuti Aidilfitri yang berlaku atas faktor pergerakan.

HFMD: Segera bawa anak ke fasiliti kesihatan sekiranya bergejala
Ibu bapa diminta segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kes HFMD catat peningkatan 15 kali ganda - Dr Noor Hisham
Sehingga 14 Mei lalu, Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu 8,864 kes (28 peratus).