awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
Beberapa jalan sekitar Bukit Bintang ditutup sementara untuk pelancaran 'I LITE U'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes hukuman mati Nagaenthran, Malaysia mohon budi bicara Singapura - Saifuddin

Bernama
Bernama
05/11/2021
10:16 MYT
Kes hukuman mati Nagaenthran, Malaysia mohon budi bicara Singapura - Saifuddin
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia menghormati proses udang-undang Singapura dan masih menunggu keputusan pihak berkuasa negara itu. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Malaysia memohon budi bicara lembaga pengampunan Singapura untuk memberikan Pengampunan Presiden kepada Nagaenthran Dhamalingam, tahanan warganegara Malaysia yang dikenakan hukuman mati di negara itu.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia menghormati proses udang-undang Singapura dan masih menunggu keputusan pihak berkuasa negara itu.
"Dalam hal ini saya kena ulang, kita boleh memohon melalui cara kita, berhubung dengan mengutus surat, tetapi kita tidak boleh campur dari segi urusan dan proses undang-undang di negara Singapura," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dan Jasamu Dikenang di Wisma Putra, di sini pada Jumaat.
Ditanya mengenai surat yang beliau utuskan kepada Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan berhubung kes itu, Saifuddin berkata beliau masih belum mendapat jawapan balas setakat ini.
Nagaenthran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis diamorphine seberat 42.72 gram dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 Nov 2010.
Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat oleh peguam keluarga Nagaenthran sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden. Bagaimanapun, permohonan itu telah ditolak pada 1 Jun 2020.
Pada Rabu lepas, Saifuddin dalam kenyataan berkata Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura terus memantau perkembangan kes berkenaan dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada lelaki itu dan keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nagaenthran Dhamalingam
#tahanan warganegara Malaysia
#hukuman mati
#Wisma Putra
#Saifuddin Abdullah
#Menteri Luar
#penyeludupan dadah
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan