JOHOR BAHRU:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sentiasa terbuka untuk memberikan kefahaman berhubung ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada seluruh masyarakat negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata ini termasuk memberi kefahaman kepada mereka yang terlibat dalam ajaran 'Agama Melayu' yang dipercayai dibawa oleh individu dikenali sebagai 'Ibu Yati'.
"Yadim akan menerima semua pihak yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung agama Islam yang sebenar. Kita sangat-sangat terbuka," katanya kepada pemberita pada program Yadim Peduli: Ziarah Prihatin Sempena Tahun Baharu Cina di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu ajaran 'Agama Melayu' yang sebelum ini dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa selepas dikatakan menggunakan lafaz syahadah yang pelik serta disambung dengan pengakuan "Aku Melayu" sebanyak tujuh kali.
BACA: [EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza
Tuan Kamarul Arief berkata pihaknya akan menggerakkan Majlis Amal Islami iaitu satu entiti di bawah Yadim untuk memberikan kefahaman berhubung ajaran Islam sebenar selain menggiatkan usaha menerusi pelbagai platform lain termasuk media sosial.
Menurutnya, pelbagai program penerangan kepada masyarakat sedang diatur Yadim merangkumi penggunaan webinar dan Facebook selain bergerak ke seluruh negara menerusi program Nadwah Islam Kekuatan Ummah (Nadiku 2021), yang dijangka dilakukan akhir bulan ini.
Mengenai program ziarah prihatin tersebut, Tuan Kamarul Arief berkata pihaknya memperuntukkan RM30,000 untuk menyalurkan sumbangan barangan keperluan seperti beras, lampin pakai buang, telekung serta bantal kepada Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria Johor Bahru, Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan serta 10 Rumah Saudara Kita di sekitar bandar raya ini.
Program dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Johor dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Johor itu katanya mengetengahkan konsep harmoni dalam memupuk perpaduan sekali gus menonjolkan Islam sebagai agama yang indah.
Bernama
Fri Feb 12 2021
Pelbagai program penerangan kepada masyarakat sedang diatur Yadim merangkumi penggunaan webinar dan Facebook. - Gambar fail
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Pemenang Anugerah Kajai, Ibu Yati meninggal dunia
Allahyarham pernah berkhidmat di beberapa agensi media termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian serta Media Variasi.
Doktrin palsu agama Islam: 'Ibu Yati', dua individu mengaku tidak bersalah
Tiga individu termasuk bekas wartawan, Wan Norhayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Ibu Yati mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjelaskan doktrin palsu berkaitan agama Islam.
Isu kontroversi Sajat, Ibu Yati akan dibincang kerajaan bersama jabatan agama
Perbincangan pada Isnin ini turut melibatkan isu kontroversi usahawan kosmetik Nur Sajat dan juga Ibu Yati.
Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli
Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.
Tiada fahaman 'Islam Melayu' atau 'Ibu Yati' dikesan di negeri Kedah - Mufti
Umat Islam di negeri itu harus berpegang teguh kepada ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terpengaruh dengan fahaman seumpama itu.
[EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza
Bagi Dr. Mohd Asri kiraanya sudah jelas untuk hukum hakam agama Allah ini dalam menentukan daerah keimanan mereka berdasarkan apa yang telah dilakukan.
Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli
Untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, ia perlu dilakukan dengan amat berhati-hati bagi memastikan tindakan atau keputusan yang diambil kelak tidak dianggap gopoh atau kekurangan maklumat.
Ibu Yati didakwa buat kenyataan di FB berhubung koronavirus
Dia didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.