awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes influenza di Pulau Pinang terkawal, tiada peningkatan ketara - Exco

Bernama
Bernama
24/09/2025
11:30 MYT
Kes influenza di Pulau Pinang terkawal, tiada peningkatan ketara - Exco
Gooi berkata analisis terkini trend Survelan Penyakit Seperti Influenza (ILI) berasaskan klinikal bagi tempoh ME 32 hingga ME 37 tahun ini merekodkan kadar antara 9.5 hingga 10.5 peratus. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Kes jangkitan influenza di Pulau Pinang masih berada pada tahap terkawal dan tidak menunjukkan peningkatan ketara, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi.
Beliau berkata analisis terkini trend Survelan Penyakit Seperti Influenza (ILI) berasaskan klinikal bagi tempoh Minggu Epid (ME) 32 hingga ME 37 tahun ini merekodkan kadar antara 9.5 hingga 10.5 peratus.
"Bagi Survelan ILI berasaskan makmal pula, kadar positif mencatat sedikit peningkatan iaitu antara 26.7 hingga 28.9 peratus, dengan Influenza A sebagai strain dominan.
"Namun, kadar positif ini masih lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2024 iaitu antara 35.6 hingga 51.1 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan jumlah kluster jangkitan saluran pernafasan yang dilaporkan tahun ini juga lebih rendah dengan penurunan 52.4 peratus berbanding tahun lepas.
Gooi berkata meskipun terkawal, pola peningkatan kes menjelang hujung tahun kekal konsisten seperti tahun-tahun sebelumnya, justeru menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan mengamalkan langkah pencegahan khususnya apabila berada di kawasan tertutup dan sesak.
Beliau juga menyarankan warga emas berumur 60 tahun ke atas dengan sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid untuk mendapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan.
Katanya kerajaan negeri mengambil maklum laporan semasa daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang berhubung trend jangkitan influenza dan sentiasa menjalankan pemantauan rapi menerusi survelan di klinik sentinel di seluruh Pulau Pinang.
"Kerajaan negeri melalui JKN akan terus memantau perkembangan jangkitan saluran pernafasan di dalam dan luar negara serta meningkatkan kesiapsiagaan dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#vaksin
#Influenza
#strain dominan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan