Kes pembunuhan Kim Jong Nam boleh dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun menghadapi batasan untuk berbuat demikian, menurut Presiden ICC Silvia Fernandez de Gurmendi.
Presiden wanita yang pertama ICC itu berkata, kes tersebut tidak dapat segera dirujuk ke mahkamah kerana Malaysia tidak menandatangani perjanjian Rome Statute.
"Mahkamah adalah sebuah badan treati, jadi ia hanya boleh menjalankan fungsinya apabila jenayah dilakukan dalam wilayah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.
"Dalam usaha untuk mendapatkan perlindungan mahkamah, anda perlu menandatangani perjanjian," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Turut hadir ialah bekas ketua setiausaha Kementerian Luar Datuk Noor Farida Mohd Ariffin, setiausaha agung Anggota Parlimen bagi Tindakan Global (PGA) Dr David Donat-Cattin, dan setiausaha Kumpulan Kebangsaan PGA Malaysia M. Kulasegaran.
Bagaimanapun, Fernandez berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) boleh merujuk kes itu ke ICC walaupun Malaysia tidak menandatangani perjanjian tersebut.
"Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) juga boleh merujuk situasi ke mahkamah selaras dengan piagam PBB...dan ini telah dua kali berlaku apabila UNSC merujuk keadaan di Darfur dan Libya ke mahkamah," kata beliau.
Fernandez juga berkata kes-kes yang dirujuk ke ICC adalah situasi keseluruhan dan bukan satu-satunya kes dan terserah kepada pendakwa raya mahkamah untuk menyiasat situasi tersebut dan mengenal pasti potensi kes.
Beliau berkata ICC hanya boleh campur tangan dalam keadaan tertentu dan menjadi pilihan terakhir sebagai mahkamah dan tidak bertujuan untuk menggantikan tribunal negara.
"Tribunal negara ialah yang perlu dahulu dalam semua situasi campurtangan tetapi apabila tiada kemungkinan untuk apa jua sebab, maka mahkamah berfungsi sebagai "backup," kata beliau.
Terdahulu, Fernandez mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kulasegaran bersama anggota parlimen yang lain dan pegawai kerajaan untuk mengenal pasti serta mengatasi halangan yang dihadapi selama ini untuk Malaysia menganggotai ICC.
Semasa perbincangan tertutup, Fernandez menyampaikan ucaptama yang menekankan mengenai peranan penting perjanjian tersebut kepada ICC dalam melindungi hak asasi manusia.
Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba menyerbunya dari belakang dan menyemburkan mukanya dengan agen saraf bertoksik VX.
Jong Nam, yang menggunakan pasport yang tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
Jong Nam berada di klia2 pada 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba menyerbunya dari belakang dan menyemburkan mukanya dengan agen saraf bertoksik VX. Gambar fail
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Bersuhabat dalam genosid: PM Australia Albanese dirujuk ke ICC
Birchgrove Legal, yang memfailkan kes itu berkata Albanese adalah pemimpin pertama negara Barat yang dirujuk kepada ICC di bawah Perkara 15 Statut Rom.
Armenia rasmi jadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Armenia pada Khamis secara rasmi menjadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel
Peguam Perancis Gilles Deversberkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarka n ke atas pihak berkuasa Israel.
Pusat Pendidikan Berterusan UM wujudkan simulasi sidang ICC bicarakan jenayah Israel
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UM) mengambil insiatif mewujudkan simulasi persidangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi mengupas dan membicarakan isu jenayah rejim Zionis.
MyAQSA bakal kemuka bukti kekejaman Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Duta Palestin ke Malaysia melihat tindakan itu sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas
Halang bantuan ke Gaza mungkin jenayah di bawah ICC
Israel perlu melakukan usaha yang boleh dilihat tanpa berlengah untuk memastikan orang awam menerima makanan asas dan ubat-ubatan.
CENTHRA tuntut ICC keluar amaran tegas terhadap kekejaman Israel
Mahkamah Jenayah Antarabangsa didakwa kurang tegas dalam usaha menamatkan keganasan yang semakin memuncak di Palestin.
Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Rusia
Hofmanski Piotr dikehendaki di bawah artikel Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.
ICC tolak rayuan Filipina sekat siasatan perang dadah Duterte
ICC menolak rayuan Filipina terhadap siasatan mahkamah mengenai "perang melawan dadah" bekas Presiden Rodrigo Duterte.
Ahli Parlimen Gaza fail aduan kepada ICC berhubung tindakan Israel
Mereka melantik peguam dari Perancis, Gilles Duvier, untuk memfailkan aduan kepada pendakwa ICC.