awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes keracunan makanan: Polis tunggu laporan kimia

Sinar Harian
Sinar Harian
19/07/2024
06:45 MYT
Kes keracunan makanan: Polis tunggu laporan kimia
Noor Ariffin (kiri) ketika Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Jumaat.
GOMBAK: Polis masih menunggu laporan kimia bagi melengkapkan siasatan kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian, 10 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan hanya menunggu laporan berkenaan.
Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 22 individu diambil keterangan bagi siasatan kes.
“Ketika ini, kita (polis) masih menunggu laporan kimia yang kebiasaannya akan mengambil masa kira-kira sebulan.
"Sebaik diperoleh ia akan diteliti sebelum tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, media melaporkan bayi perempuan 19 bulan dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan makanan dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama di Gombak.
Berikutan itu, polis telah memanggil pengusaha katering, guru dan penganjur program di sekolah terbabit.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pihak perkhidmatan makanan menghentikan bekalan yang disyaki menjadi punca keracunan makanan pada program sekolah terbabit.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan.
Keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#kes kematian
#Gombak
#Hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan