awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes keracunan makanan: Tujuh individu lagi dirakam keterangan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2024
04:20 MYT
Kes keracunan makanan: Tujuh individu lagi dirakam keterangan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia disyaki akibat keracunan makanan pada 10 Jun lalu. - Gambar hiasan
GOMBAK: Polis merakam keterangan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 10 Jun lalu.

Ringkasan AI
  • Polis telah merakam keterangan 22 individu, termasuk mangsa, pengetua, dan guru, bagi membantu siasatan kes kematian remaja lelaki dan kanak-kanak perempuan disyaki akibat keracunan makanan pada 10 Jun lalu.
  • Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menjalankan siasatan untuk mengesan kes-kes baharu keracunan makanan yang berlaku semasa Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) pada 8 Jun lalu, melibatkan 30 sekolah rendah di Gombak.
  • Seramai 82 daripada 247 orang dikesan mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati sarapan pada program tersebut, dan mana-mana individu yang mengalami gejala diminta segera mendapatkan rawatan untuk mengelak komplikasi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mereka yang dipanggil terdiri daripada mangsa, pengetua dan guru.
"Setakat ini, kita telah merakam keterangan 22 individu bagi membantu siasatan.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas laporan bedah siasat diperolehi dalam tempoh sebulan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan kes-kes baharu berhubung kejadian keracunan makanan pada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Gombak itu yang melibatkan 30 sekolah rendah pada 8 Jun lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin sebelum ini dilaporkan berkata, mana-mana individu berkaitan yang mengalami gejala diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini.
JKNS memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang dikesan mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati sarapan pada program tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes keracunan makanan
#Gombak
#siasatan polis
#pengetua sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan