awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kewarganegaraan anak tidak sah taraf akan dibangkitkan kepada kerajaan - Zuraida

Bernama
Bernama
30/05/2021
03:21 MYT
Kes kewarganegaraan anak tidak sah taraf akan dibangkitkan kepada kerajaan - Zuraida
Menurut Zuraida tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar tidak sah taraf. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) Datuk Zuraida Kamaruddin akan membangkitkan kes berhubung kewarganegaraan seorang anak tidak sah taraf yang gagal dalam kesnya di mahkamah kepada menteri bertanggungjawab atau Kabinet.
Beliau berkata ini bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya beliau mengambil maklum keputusan majoriti panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas bahawa seorang anak tidak sah taraf tidak layak mendapat kerakyatan walaupun bapanya warganegara Malaysia.
"Walaupun kami menghormati keputusan yang dibuat badan kehakiman dalam melaksanakan tugas perlembagaan mereka, saya perlu menyatakan tidak setuju dalam kes ini.
"Kes ini yang mengesahkan lagi kes-kes berkaitan status kerakyatan anak tidak sah taraf yang telah pun diputuskan sebelum ini, sangat bertentangan dengan semangat keadilan dan belas ihsan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar tidak sah taraf.
"Sudah tiba masanya untuk kita tamatkan kerosakan yang ditimpa kepada orang yang tidak bersalah ekoran peruntukan yang sudah ketinggalan zaman, iaitu Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan yang digunakan untuk penghakiman majoriti dalam kes tersebut," katanya.
Zuraida berkata beliau komited ke arah pemansuhan atau pindaan perkara itu dan akan membangkitkannya kepada kerajaan.
Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 4-3, menolak rayuan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang bapanya warganegara Malaysia dan ibunya rakyat Filipina, bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Keputusan majoriti itu memutuskan Seksyen 17 Bahagian III Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan tanpa perkahwinan sah adalah mengikut kewarganegaraan ibunya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kewarganegaraan
#anak
#tak sah taraf
#Zuraida Kamaruddin
#Comwel
#Kerakyatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan