KUALA LUMPUR: Pereka grafik dan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung dua pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik yang dimuat naik menerusi laman media sosial Twitter dan Facebook miliknya, tahun lepas.
Perkara itu dimaklumkan peguam N.Yohendra yang mewakili Mohd Fahmi Reza, 45, semasa sebutan kes itu hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen M.M Edwin Paramjothy.
Yohendra berkata surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang.
Dua pertuduhan komunikasi jelik itu adalah berhubung isu peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan rasmi di luar negara dan pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.
Dalam prosiding itu, mahkamah telah menetapkan tarikh-tarikh bicara iaitu pada 7 dan 20 Julai bagi pertuduhan komunikasi jelik isu kuarantin menteri manakala 8 dan 9 Ogos ini untuk komunikasi jelik berhubung isu minuman keras.
Mahkamah turut menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan bagi perkembangan representasi tersebut.
Pada 10 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik menerusi aplikasi Twitter miliknya membabitkan isu kuarantin terhadap menteri pulang dari lawatan rasmi di luar negara.
Mohd Fahmi Reza didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Twitter menggunakan laman profil Twitter "Fahmi Reza" atau "@kuasasiswa" pada 3.02 petang, 10 Feb 2021. Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Presint 1, Putrajaya pada 4 petang, 11 Feb tahun sama.
Pada 17 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman Facebook miliknya menggunakan profil "Fahmi Reza" pada 11.45 pagi, 1 Jun 2021. Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit Pangsapuri Melur, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini, pada 9 pagi, 2 Jun 2021.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022

Surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini. - Gambar fail

Penemuan empat anak Harimau Malaya beri harapan baharu
Menerusi imej dikongsikan World Wildlife Fund (WWF), tiga ekor anak harimau itu dilihat berjalan di hadapan bersama ibunya manakala seekor lagi berada di bahagian sebelah kanan.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

Banjir Baling: Jasad 3 sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Polis terima laporan video 'prank' tarik tudung dua wanita
Lelaki tersebut menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen.

Sekurang-kurangnya enam terkorban dalam banjir di Pakistan
Hujan lebat yang bermula sejak Isnin itu turut menjejaskan sejumlah rumah penduduk lain di kawasan terpencil itu.

'Sedar-sedar mak dah tiada'
Mangsa maut dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon dalam kejadian samun di Felda Mengkuang.

Banjir Baling: KDN gerakkan agensi bagi koordinasi bantuan
Seramai 46 anggota RELA juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Lihat anak jiran berlumuran darah
Suspek yang kelihatan diam telah ditangkap oleh empat penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.

Banjir Baling: Lebih 1,400 mangsa ditempatkan di PPS
Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang.

Aktivis wanita menangis teresak-esak mengaku salah buat hantaran jelik
Seorang aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam lama profil FBnya.

Kes komunikasi jelik: Fahmi Reza kemuka representasi kepada Jabatan Peguam Negara
Surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.

Fahmi Reza didakwa lagi buat hantaran jelik di media sosial
Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Apit Wan Lebo didakwa hantar komunikasi jelik
Dia didakwa telah secara sedar membuat penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Pengawal keselamatan didenda RM3,000 buat komunikasi jelik di Facebook
Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada lima anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter
Mohamad Arif didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Bapa lima anak didakwa buat komunikasi jelik berkaitan darurat
Wan Mohd Aman didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook.

Hukuman wanita hina polis diringankan, hanya didenda RM5,000
Tertuduh boleh dipenjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Komunikasi jelik terhadap Setiausaha Politik MB Selangor, peniaga didakwa
Mohd Yunus Mahmood, 58, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Penganggur didenda RM2,000 hina polis dalam FB berkaitan COVID-19
Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. OKS membayar denda.