awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes konsesi pasir MBI: SPRM beku aset jutaan ringgit

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2024
04:30 MYT
Kes konsesi pasir MBI: SPRM beku aset jutaan ringgit
Azam (tengah) ketika sidang akhbar di Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di antara SPRM dan PERKESO.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan aset bernilai jutaan ringgit melibatkan siasatan kes Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini belum ada tangkapan baharu.
"Seorang individu telah ditahan semula dan direman tujuh hari untuk kes yang masih dalam siasatan ini.
"Pegawai penyiasat masih siasat untuk mengesan tentang saham yang disyaki diterima secara rasuah yang disimpan di beberapa syarikat," katanya ketika sidang akhbar Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di antara SPRM dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Menara Perkeso di sini pada Jumaat.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Mengulas lanjut, kata Azam, pihaknya memerlukan sedikit masa berikutan terdapat 20 projek yang disiasat.
"Mungkin dalam masa terdekat, tiga hingga empat hari kita akan kemas kini berkaitan kes ini.
"Saya boleh sahkan ada tindakan aset yang dibeku, dianggarkan bernilai jutaan ringgit," ujarnya.
Pada Khamis, media melaporkan siasatan SPRM berhubung kes ini turut melibatkan seorang ahli politik berpengaruh di Selangor.
Sebelum itu, SPRM telah menggeledah enam premis iaitu sebuah kediaman dan lima unit pejabat di sekitar Lembah Klang berhubung siasatan skandal rasuah perlombongan pasir.
Beberapa kertas siasatan dibuka mengikut Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#MBI Selangor
#Skandal pasir
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan