MALAYSIA
Kes kucing diracun, dicampak dari pangsapuri dirujuk ke DVS

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu dikesan apabila beberapa gambar bangkai kucing daripada rakaman kamera litar tertutup tular di media sosial. - Gambar fail
AMPANG: Siasatan kes dera dan bunuh kucing di sebuah pangsapuri di sini dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat.
Ringkasan AI
- Polis menerima empat laporan berkaitan kes dera dan bunuh kucing di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya pada Julai lalu, namun kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat.
- Kanak-kanak lelaki didakwa mencampak dua anak kucing dari tempat tinggi, dengan kejadian dikesan melalui rakaman CCTV dan tular di media sosial.
- Penduduk pangsapuri menuntut siasatan terperinci dan tindakan tegas mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 susulan beberapa insiden kejam terhadap kucing sejak awal Julai.
"Tiada kertas siasatan dibuka kerana kes telah dirujuk dan dalam pengetahuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat.," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki didakwa mencampak dua anak kucing dari tempat tinggi di pangsapuri berkenaan.
Kejadian tidak berperikemanusiaan itu dikesan apabila beberapa gambar bangkai kucing dan kanak-kanak lelaki daripada rakaman kamera litar tertutup tular di media sosial.
Menerusi hantaran seorang pengguna akaun mendakwa dua anak kucing itu milik seorang penghuni tingkat lima pangsapuri terbabit yang diletakkan di dalam sangkar hadapan rumahnya.
Haiwan peliharaan itu didakwa dilarikan oleh kanak-kanak terbabit dan ditemui mati dengan kesan darah di tingkat empat bangunan sama.
Pada 17 Julai lalu, media melaporkan penduduk pangsapuri berkenaan meminta pihak berkuasa menyiasat secara terperinci serta mengambil tindakan terhadap pelaku kejadian penderaan dan pembunuhan kucing yang berlaku di kawasan itu.
Penduduk turut menuntut agar pelaku dikenakan hukuman setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 susulan beberapa kejadian kejam melibatkan kucing yang didakwa diracun dan dibuang dari tingkat tinggi sejak awal Julai. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami