awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes letupan bom di Phuket: Tiada petunjuk kad SIM dari Malaysia - KPN

Bernama
Bernama
16/08/2016
12:23 MYT
Kes letupan bom di Phuket: Tiada petunjuk kad SIM dari Malaysia - KPN
KHALID: Setiap kad SIM yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Malaysia mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu namun kad SIM berkenaan tidak memiliki ciri tersebut. - Gambar fail
Siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kad sim dan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket, Thailand, belum menemukan sebarang bukti kukuh menunjukkan kad itu berasal dari Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setiap kad SIM yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Malaysia mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu namun kad SIM berkenaan tidak memiliki ciri tersebut.
"Kita sudah buat pemeriksaan terhadap kad SIM itu dan juga telefon itu tetapi setakat ini ia tidak ada cukup bukti yang kad SIM itu dari Malaysia," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (ICBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bagaimanapun, Khalid berkata siasatan PDRM belum selesai sepenuhnya.
Media melaporkan bahawa Thailand meminta Malaysia untuk membantu menyiasat sebuah telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket pada Jumaat lepas yang didakwa berasal dari Malaysia.
Laporan Bernama yang memetik sumber itu berkata serpihan telefon bimbit bersama-sama nombor sirinya telahpun diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#kad sim
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#Phuket
#telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan