awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes menantu Muhyiddin: 'Balik saja, jangan banyak alasan' - Azam Baki

Bernama
Bernama
17/08/2023
07:01 MYT
Kes menantu Muhyiddin: 'Balik saja, jangan banyak alasan' - Azam Baki
Azam meminta menantu Muhyiddin dan seorang pengarah syarikat supaya pulang ke Malaysia, dan tidak memberi sebarang alasan lagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, meminta menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang pengarah syarikat supaya pulang ke Malaysia, dan tidak memberi sebarang alasan lagi.
Media sebelum ini melaporkan, SPRM mencari Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dan peguam yang juga pengarah dan pemegang saham NERS Sdn Bhd (NERS) Mansoor Saat, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
"Saya tetap dengan pendirian saya. Awak balik saja dan hadapi apa jua siasatan dan jangan bagi banyak alasan, saya tidak mahu dengar.
"Mungkin cakap saya ini cakap yang orang tidak suka, tetapi itulah saya. Jadi awak berdua, balik sahaja dan jangan bagi alasan," katanya kepada pemberita selepas Forum Eksekutif Merdeka; Tadbir Urus Terbaik Dalam Sektor Awam hari ini.
Pada 9 Ogos lepas Muhammad Adlan menerusi kenyataan oleh peguamnya memaklumkan, beliau tentunya akan pulang ke Malaysia secepat mungkin bagi memberikan kesemua jawapan dan membantu SPRM dalam apa-apa siasatan, selagi tiada unsur ancaman dan penganiayaan terhadapnya.
Mansoor dalam kenyataannya hari ini, menyangkal dakwaan kononnya beliau melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan, sebaliknya tindakan keluar dari Malaysia dibuat secara sah atas urusan perniagaan dan telah memberi kerjasama kepada SPRM yang mengetahui keberadaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menantu Muhyiddin
#SPRM
#Azam Baki
#jangan beri alasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan